The_Legend_of_Zelda:_Majora's_Mask
The_Legend_of_Zelda:_Majora's_Mask

The_Legend_of_Zelda:_Majora's_Mask

The Legend of Zelda: Majora's Mask (bahasa Jepun: ゼルダの伝説 ムジュラの仮面, Romaji: Zeruda no Densetsu: Mujura no Kamen) ialah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan oleh bahagian Analisis dan Pembangunan Hiburan Nintendo (Nintendo EAP) untuk konsol Nintendo 64. Ia dikeluarkan di Jepun pada 27 April 2000; di Amerika Utara pada 26 Oktober 2000; dan di Eropah pada 17 November 2000.[4] Kira-kira 314,000 unit permainan video tersebut dijual pada minggu pertama di Jepun,[5] dan tiga juta unit dijual di seluruh dunia.[6] Permainan ini dikeluarkan semula untuk Nintendo GameCube sebagai sebahagian daripada The Legend of Zelda: Collector's Edition, serta untuk perkhidmatan Virtual Console Wii di rantau PAL pada 3 April 2009; di Jepun pada 7 April 2009; dan di Amerika Utara pada 18 Mei 2009.[7] Versi baru yang dipertingkat untuk Nintendo 3DS, bertajuk The Legend of Zelda: Majora's Mask 3D, akan dikeluarkan pada musim bunga 2015.Majora's Mask ialah keluaran utama keenam dalam siri The Legend of Zelda dan yang kedua yang menggunakan grafik 3D; permainan pertama dalam siri ini dengan grafik 3D ialah The Legend of Zelda: Ocarina of Time, pendahulu permainan video ini. Dianggap oleh para pengkritik sebagai permainan yang lebih "gelap" berbanding permainan-permainan lain dalam francais Zelda, Majora's Mask berlatartempatkan Termina, satu versi lain latar biasa siri ini iaitu Hyrule, di mana Skull Kid telah mencuri Topeng Majora (Majora's Mask), sebuah artifak masa lampau yang berkuasa. Di bawah pengaruh topeng ini, Skull Kid menyebabkan bulan kawasan itu perlahan-lahan jatuh ke arah Termina, di mana ia menghentam selepas tiga hari. Protagonis utama permainan ini, Link, perlu mengembara masa kembali ke permulaan tiga hari tersebut untuk mencari cara menghentikan bulan tersebut daripada memusnahkan dunia.Mekanik permainan ini berpusatkan pengulangan tiga hari yang sama secara berterusan dan penggunaan pelbagai jenis topeng, yang sesetengahnya membolehkan Link berubah bentuk kepada makhluk-makhluk berlainan. Link belajar memainkan beberapa melodi menggunakan okarina miliknya, dan melodi-melodi yang berlainan memberi kesan-kesan yang berlainan seperti mengawal aliran masa atau membuka laluan ke empat kuil di mana letaknya halangan yang perlu Link atasi. Tidak seperti Ocarina of Time, Majora's Mask memerlukan pek kembangan yang menyediakan memori tambahan bagi grafik yang lebih baik dan lebih banyak watak pada skrin pada satu-satu masa. Majora's Mask mendapat pujian daripada pengkritik yang memuji grafik dan ceritanya yang kompleks.

Berkaitan