Sejarah Transit_aliran

Transit aliran bermula dengan laluan kereta api wap pada akhir abad ke-19. Tahun 1890 City & South London Railway di London menjadi laluan tren transit aliran elektrik pertama.[11] Laluan tren elektrik ini kemudian digabungkan di dalam London Underground. Teknologi ini pantas tersebar ke bandar lain di Eropah, seperti di Budapest, Hungary tahun 1896, dan kemudian ke Amerika Syarikat. Sejumlah sistem aras tanah dibangunkan bermula dengan Liverpool Overhead Railway 1893 yang secara penuh menggunakan elektrik. Laluan tren aras tanah di Chicago dan New York ditukarkan menjadi sistem elektrik dari sebelumnya yang berupa sistem wap.[12]

Pada tahun 1940, terdapat 19 sistem, dan pada tahun 1984, terdapat 66 sistem. Bahagian ini juga meliputi bandar-bandar yang lebih kecil seperti Oslo dan Marseille yang memulakan sistem secara menyeluruh pada dekade 1960an. Pertumbuhan baru dari sistem ini telah tertumpu di Asia Tenggara dan Amerika Latin.[8] Eropah Barat dan Amerika Utara telah memulai membangkitkan kembali laluan trem, dengan sistem kereta api ringan yang melengkapi sistem kereta api dalam bandar skala penuh, dan sudah tidak menyarankan pada pembinaan transit aliran.[13] Pada masa yang sama, perkembangan teknologi telah membolehkan sistem dilaksanakan tanpa pemandu. Terlibat juga sistem campuran seperti kereta api-trem dan premetro yang terdapat di beberapa sistem transit aliran.[11]