Prasarana Transit_aliran

Paris Metro sebahagian besar di bawah tanah.

sebahagian besar tren transit aliran merupakan kereta api elektrik dengan panjang dari tiga hingga sepuluh gerabak.[33] Sebahagian besar tenaga disalurkan oleh rel ketiga atau oleh kabel udara, seluruh jaringan London Underground menggunakan rel keempat dan yang lain menggunakan motor linear untuk daya tujah.[34] sebahagian besar menggunakan landasan rel keluli konvensional, meskipun beberapa menggunakan roda getah seperti Montréal Metro. Roda getah membolehkan pencapaian tanjakan yang lebih tinggi dan getaran yang lebih rendah, namun memerlukan kos penyelenggaraan lebih besar dan kecekapan tenaga yang lebih rendah. Tren ini juga kehilangan daya geseran dalam keadaan cuaca lembap atau membeku, mencegah penggunaan di atas tanah bagi Montréal Metro namun tidak dilakukan oleh sistem roda getah bandar lain.[35] Jumlah pekerja tren telah berkurangan sepanjang sejarah kerana sejumlah sistem modern telah menggunakan tren tanpa jurumesin.[36] Tren lain masih tetap ada jurumesin, meskipun tugas mereka dalam operasi normal umumnya hanya membuka dan menutup pintu tren saat di stesen.

Variasi

5-Line di Metro de Santiago (Chili) menggabungkan metro beroda getah dengan laluan di landasan bertingkat.

Terowong bawah tanah menjauhkan lalu lintas dari jalanan umum, membuat lebih banyak tanah tersedia untuk bangunan dan penggunaan lain. Di kawasan dengan harga tanah yang tinggi dan kawasan yang padat, terowong menjadi satu-satunya laluan ekonomi untuk pengangkutan massa. Terowong cetek dibangunkan dengan menggali jalanan bandar dan kemudian membangunkannya kembali di atas terowong; dengan alternatif adalah terowong dalam dengan melakukan penggerudian untuk membuat terowong di bawah batuan keras.[11]

Laluan rel di permukaan tanah hanya digunakan di luar kawasan padat, kerana mereka harus membangun pagar yang menghalang pejalan kaki dan pengguna kenderaan melintasi laluan mereka. Kaedah pembangunan ini menjadi yang termurah, selama harga tanah masih murah. Kaedah ini sering digunakan untuk sistem baru di kawasan yang direncanakan akan mengalami pembangunan setelah laluan dibangunkan.[18]

Rel di atas tanah adalah jalan yang murah dan mudah untuk membangun laluan eksklusif tanpa harus membangunkan terowong mahal atau membuat pagar penghalang. Sistem ini popular pada awal abad ke-20, namun kemudian ditinggalkan; kemudian menjadi popular kembali pada suku terakhir abad ke-20 yang sering dikombinasikan dengan sistem tanpa jurumesin, seperti Vancouver - SkyTrain, London - Docklands Light Railway[37] dan Bangkok Skytrain.[38]

Chicago Transit Authority menara kawalan 18 memandu Chicago 'L' arah utara ke selatan Laluan Ungu dan Laluan Coklat dengan persilangan arah barat ke timur Laluan Merah Muda dan Laluan Hijau dengan laluan lingkar Jingga di atas persimpangan jalan.

Sistem transit rakyat merupakan sistem transit aliran deras yang melayani kawasan yang relatif kecil seperti kawasan lapangan terbang, zon-zon dalam bandar, atau taman tema, dengan menjadi sistem bebas mahupun penghantar bagi sistem pengangkutan lain. Mereka umumnya dikendalikan tanpa jurumesin dan umumnya di atas tanah. Monorel dibangunkan untuk digunakan sebagai transit aliran deras konvensional mahupun sebagai transit rakyat. Teknologi monorel terbukti sulit untuk dikomersialkan dan penggunaannya sangat terbatas. Berlin M-Bahn merupakan satu-satunya sistem transit aliran deras maglev yang beroperasi, namun akan ditutup.[39]

Sistem metro ringan digunakan apabila kelajuan dari transit aliran deras diperlukan, namun untuk jumlah penumpang yang lebih kecil. Umumnya digunakan tren yang lebih kecil, dengan konfigurasi dua hingga empat gerabak, dengan frekuensi yang lebih rendah dan jarak antara stesen yang lebih jarang. Metro ringan sering dibangunkan sebagai penghantar untuk sistem transit aliran deras.[40] Beberapa sistem dibangunkan dari awal, yang lain merupakan pembangunan dari tren komuter mahupun laluan trem dalam bandar, dan sering dilengkapi dengan bahagian di bawah tanah mahupun di atas tanah di kawasan padat.[9]

Stesen

Stesen Xicun di Laluan 5, Guangzhou Metro, ChinaLaluan 1, Delhi MetroStesen bawah tanah Rusia dengan seni bina dan lengkapan dekorasi.

Fungsi stesen adalah sebagai hub yang membolehkan penumpang naik dan turun dari pesawat. stesen juga menjadi titik pembayaran dan menjadi tempat pertukaran penumpang antara kaedah, dengan menggunakan bas atau kereta api yang lain. Akses disediakan melalui platform pulau mahupun platform samping.[41] stesen bawah tanah, terutama yang berada di tanah dalam, meningkatkan waktu perjalanan keseluruhan: eskalator panjang di dekat platform dapat membuat stesen menjadi leher botol jika tidak dibangunkan dengan benar. Beberapa stesen bersepadu dengan pusat perbelanjaan, atau memiliki akses bawah tanah dengan bangunan komersial di dekatnya.[42] Di kawasan pinggir, terdapat kemungkinan stesen yang terhubung langsung dengan tempat letak kereta.[43]

Untuk memberikan kemudahan akses ke dalam kereta api, ketinggian platform stesen disamaratakan bagi membolehkan tidak ada perbezaan ketinggian di antara platform dan tren. Jika stesen memenuhi standard kemudahan akses, ia akan membolehkan kerusi dan bagasi yang beroda dengan mudah memasuki tren,[44] meskipun laluannya melengkung yang dapat menghasilkan jarak antara tren dengan platform. Beberapa stesen dilengkapi dengan pintu penghalang platform untuk meningkatkan keselamatan dengan mencegah penumpang jatuh ke rel, dan juga mengurangkan kos pengudaraan.[45]

Tren New York City Subway #7 tiba di stesen Vernon Boulevard – Jackson Avenue

Umumnya dilakukan di bekas Kesatuan Soviet dan negara Eropah Timur yang lain, namun semakin meningkat di seluruh dunia, stesen dibangunkan dengan dekorasi istimewa seperti tembok marmar, lantai granit yang dihaluskan, dan mozek yang menampilkan kesenian awam ke dalam kehidupan sehari-hari, di luar galeri dan muzium. Sistem di Moscow dan St. Petersburg secara luas disebut sebagai yang terindah di dunia,[46] namun beberapa bandar yang lain seperti Stockholm, Montreal, Lisbon, dan Los Angeles juga tertumpu dalam kesenian, dengan variasi yang luas dari dekorasi dinding, hingga skema artis yang bersepadu dengan seni bina stesen, untuk menampilkan artefak kuno yang ditemukan saat pembangunan stesen.[47] Ini dapat memberikan keuntungan dengan menarik lebih abnyak penumpang dengan menampilkan sejumlah kecil seni bina istimewa, kesenian, kebersihan, kemudahan akses, pencahayaan, dan perasaan aman.[48]

Saling-hubung

Sejak 1980an, trem telah memiliki beberapa ciri-ciri transit aliran deras: sistem angkutan ringan yang memiliki laluan tersendiri, sehingga menghindari kesesakan jalan raya; dengan ketinggian sama dengan bas dan mobil. Beberapa sistem rel ringan dibuat melayang atau bawah tanah. Sistem trem terbaru ini membuat kapasiti dan kelajuannya boleh meningkat, dan lebih murah daripada membangun transit aliran deras, terutama untuk bandar kecil.[13]

Reka bentuk premetro bererti sistem transit aliran deras bawah tanah dibangunkan di pusat bandar, dengan trem atau angkutan ringan di pinggir bandar. Sebaliknya, beberapa bandar membangun transit aliran deras di pinggir bandar, dan membangunkan trem atau angkutan ringan di dalam bandar untuk menghemat kos. Di Jerman, reka bentuk premetro dikenal dengan nama Stadtbahn.[33]

Tren komuter pinggir bandar adalah sistem tren yang beroperasi dengan frekuensi lebih sedikit daripada transit aliran deras tengah bandar, dengan kelajuan rata-rata lebih tinggi dan hanya berhenti pada satu stesen di tiap desa/bandar kecil. Tren komuter di beberapa bandar (seperti S-Bahn di Jerman, tren Chennai, Australian cityrail, S-tog di Denmark, dll.) menyediakan pengangkutan massa antara bandar sebagai sistem metro urban. Sebaliknya, di beberapa bandar (seperti PATH di New York, Dubai Metro, Los Teques Metro, Tyne & Wear Metro, MetroSur, Madrid Metro, MRT Singapura, Taipei Metro, RapidKL Kuala Lumpur), sistem transit aliran deras bercabang hingga pinggir bandar terdekat.

Beberapa bandar memiliki campuran keduanya, dengan 2 macam transit aliran deras: dalam bandar (seperti Paris Métro, Berlin U-Bahn, London Underground) dan pinggir bandar dengan frekuensi lebih kecil (RER, S-Bahn, Crossrail). Tren pinggir bandar ini memiliki laluan tersendiri dan frekuensinya sering, namun beroperasinya seperti tren komuter. Di beberapa bandar, jaringan kereta nasional melalui terowong di pusat bandar; sehingga dengan platform sama, tren komuter ini terhubung terus dengan transit aliran deras.[49][50] Sistem BART di California merupakan gabungan kedua-duanya: di pinggir bandar, berfungsi seperti kereta komuter, dengan rangkaian kereta lebih panjang, selang lebih panjang, dan jarak antara stesen jauh; sedangkan dalam bandar San Francisco, banyak laluan bergabung dan selang juga makin sering dengan jarak antara stesen makin dekat.