Budaya Tuaran

Tamu

Setiap pagi ahad, Tuaran akan dimeriahkan dengan pembukaan Pasar Tamu yang merupakan pasar besar ala tradisional yang menjual pelbagai barangan domestik rakyat Sabah khususnya dari daerah Tuaran dan sekitarnya. Diantara barangan yang dijual adalah seperti sayur-sayuran tuaian, buah-buahan tuaian, ikan dan makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan banyak lagi. Pasar Tamu sudah banyak menarik ramai pelancong ke Tuaran kerana barangan dan hasil tuaian yang dijual sangat mengujakan dengan harga yang sangat berpatutan. Pasar Tamu yang tedapat di Tuaran ini adalah yang kedua selepas satu lagi Pasar Tamu yang terdapat di Kota Belud. Perbezaan antara kedua-dua Pasar Tamu ini boleh dilihat dari segi saiz pasar dan nilai barang esotik yang dijualnya.

Minuman tempatan

Tuaran adalah lokasi bagi Bahar yakni suatu minuman keras tradisional seperti 'liquor' yang terkenal, sama seperti air todi yang diperbuat dari air kelapa yang dicampur dengan ekstrak kulit kayu.[25] Manakala masyarakat tempatan memanggilnya "rosok" yang akhirnya air tersebut bertukar menjadi warna merah.[26] Minuman ini telah diperakui secara ujian kimia bahawa ia mengandungi kadar kosentrasi anti-oksidan yang tinggi. Malangnya, walau bagaimanapun, minuman ini berbau agak tajam (tengit) dan tidak disenangi untuk diminum, ia akan bertukar menjadi busuk dengan cepat dan menjadi masam dalam sehari.[27]

Makanan tempatan

Mi Tuaran.

Mi Tuaran, juga dikenali sebagai 'Mi Goreng Tuaran' yang merupakan salah satu dari makanan tradisi di Sabah. Gentian mi tersebut diperbuat dari adunan sebati antara kuning telur dan tepung gandum, dimana apabila mi digoreng ini akan meningkatkan sensasi aroma telur tersebut. Gorengan mi biasanya memakan masa lebih kurang 5-10 minit pada suhu yang tinggi dan membiarkan tekstur mi menjadi kuning keemasan dan garing di bahagian bawah mi. Kemudian sayur sawi akan dimasukkan ketika proses gorengan dijalankan. Sebelum dihidang, mi biasanya akan dicampurkan dengan hirisan halus charseow, misalnya hirisan daging babi manis di paggang dan cecincin telur goreng berputar. Namun bagi masyarakat Muslim, penggunaan daging babi dalam makanan adalah diharamkan, maka alternatif lain yang boleh digunakan adalah dengan menghidangkan mi Tuaran ini dengan hirisan daging lembu atau kambing.

Rujukan

WikiPedia: Tuaran http://bonzers86.blogspot.com/2010/02/jom-cerita-p... http://hinching.com/restaurants/authentic-tuaran-n... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rosok+Kd&d=21... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://www.sabah.gov.my/pd.trn/Ekonomi.html http://www.sabah.gov.my/pd.trn/Latarbelakang.html http://www.sabah.gov.my/pd.trn/MukaBumi.html http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul...