Ekonomi Tuaran

Kawasan Tarikan Pelancong

Daerah Tuaran mempunyai beberapa tarikan semulajadi yang mampu menarik pelancong yang bersikap Eco-Pelancongan. Berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Kampung Air Mengkabong dan Kampung Air Penimbawan, yang merupakan rumah perkampungan yang kedudukannya seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai. Terdapat beberapa lokasi resort pelancongan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti The Shangri-La's Rasa Ria Resort, The Mimpian Jadi Resort, and The Sabandar Resort. Tambahan dari itu terdapat juga beberapa resort kecil yang turut menyediakan khidmat penginapan, katering dan makanan serta aktiviti sukan air pada kos yang lebih rendah dan berpatutan sesuai bagi mereka yang menginginkan keriangan yang sederhana ketika melancong. Dalam bidang ini Daerah Tuaran berbangga dengan kawasan Simpan Bakau yang luas di Teluk Mengkabong dan juga di Teluk Sulaman di Kampung Serusop. Di antara beberapa resort ternama yang terletak di dalam Daerah Tuaran adalah seperti berikut:

  1. Shangri-La's Rasa Ria Resort
  2. Raintree Beach & Golf Resort
  3. Mimpian Jadi Golf and Country Club
  4. Borneo Kellybays Resort
  5. Tuaran Beach Resort

Tarikan lain pelancong;

  1. The Peak of Hope
  2. Borneo Ant House
  3. Cowboy Town Sabandar Tuaran
  4. Tuaran Crocodile Farm
  5. Linangkit Cultural Village
  6. The Traditional Lotud House and Tree House
  7. Tuaran Lagoon Park
  8. 9-Storey Pagoda Ling San

Hospitaliti dan Pusat Makanan Laut

  1. Restoran di Shangri-La's Rasa Ria
  2. Restoran Salut
  3. Restoran Gayang
  4. Our Land Eco Farm
  5. Restoran Oriental
  6. Restoran Yun Onn
  7. Medan Selera
  8. Brotherhood Cafe & Steamboat
  9. Season Restaurant and Bar
  10. Restoran Stadium

Perindustrian

Seluas 70% daripada kawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Zon Perindustrian Kota Kinabalu adalah terletak di Daerah Tuaran. Ini sekaligus merapatkan lagi jurang tanah kosong diantara Daerah Tuaran dengan Bandaraya Kota Kinabalu.

Pertanian

Kedudukan Ekonomi penduduk daerah Tuaran adalah bergantung kepada hasil pertanian. Pada asasnya, daerah Tuaran mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian. Sehingga kini, keluasan yang diusahakan berjumlah 16,165.55 hektar. Berikut adalah jenis tanam-tanaman yang ditanam:-

Pertanian[24]
No.Jenis TanamanKeluasan yang ditanam (Ha)
1Getah9491.0
2Padi2,619 ha

(Sawah - 2,389)(Padi Bukit - 230)

3Buah-buahan (Campuran)20,519.3 ha
4Kelapa Sawit427.8 ha
5Nenas325 ha
6Pisang220 ha
7Sayur-Sayuran136.7 ha
8Kelapa43.9 ha
9Tembikai31 ha
10Kontan393.3 ha
11Rempah

(Halia/Kunyit/Lengkuas/Serai)

56.0 ha

Rujukan

WikiPedia: Tuaran http://bonzers86.blogspot.com/2010/02/jom-cerita-p... http://hinching.com/restaurants/authentic-tuaran-n... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rosok+Kd&d=21... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://www.sabah.gov.my/pd.trn/Ekonomi.html http://www.sabah.gov.my/pd.trn/Latarbelakang.html http://www.sabah.gov.my/pd.trn/MukaBumi.html http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul...