Geografi Tuaran

Tuaran merupakan pekan yang menjadi pintu masuk ke Utara dan Timur Negeri Sabah. Ini bererti perjalanan menuju ke Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau harus melalui Daerah Tuaran. Banjaran Crocker merupakan bentuk muka bumi yang paling dominan di Daerah Tuaran dengan ketinggian diantara 1200 hingga 2500 meter dari paras laut.[18] Lebih kurang 65% muka bumi daerah Tuaran adalah kawasan berbukit bukau. Kawasan tanah rata hanya terdapat di sebahagian kecil daerah Tuaran dan kawasan ini hanyalah kawasan pesisir pantai dan juga sedikit kawasan di sebelah menyebelah hilir sungai Tuaran bermula dari Pekan Tamparuli hinggalah ke muara sungai Tuaran. Sungai Tuaran merupakan sungai yang terpenting di bukan sahaja untuk daerah Tuaran kerana sungai inilah yang menjadi sumber air bersih yang diproses untuk keperluan Daerah Tuaran dan juga sebahagian besar Kota Kinabalu.

Pada dasarnya iklim Daerah Tuaran ialah iklim Khatulistiwa. Suhu harian di kebanyakan kawasan Daerah Tuaran adalah di antara 25 darjah Celsius dan 29 darjah Celsius. Walau bagaimanapun, suhu di kawasan banjaran Crocker lebih dingin dan ada ketikanya ia boleh mencecah 14 hingga 24 darjah. Daerah Tuaran menerima hujan tahunan di antara 2500mm hingga 3500 mm. Hujan lebat kerapkali turun semasa Monsoon Barat Daya iaitu di- antara bulan Mei hingga bulan Ogos tetapi hujan paling lebat turun semasa peralihan monsoon di antara bulan September dengan November.[19]

Daerah Tuaran Merangkumi seluruh kawasan iaitu;[20]

Rujukan

WikiPedia: Tuaran http://bonzers86.blogspot.com/2010/02/jom-cerita-p... http://hinching.com/restaurants/authentic-tuaran-n... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rosok+Kd&d=21... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://ww2.sabah.gov.my/md.trn/index.php?option=co... http://www.sabah.gov.my/pd.trn/Ekonomi.html http://www.sabah.gov.my/pd.trn/Latarbelakang.html http://www.sabah.gov.my/pd.trn/MukaBumi.html http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul...