Tulisan_Brāhmī

Brāhmī ialah nama moden yang diberikan kepada ahli-ahli tertua dalam salasilah tulisan India. Catatan-catatan Brāhmī yang paling terkenal merupakan ukiran Titah-Perintah Ashoka di kawasan utara tengah India dari abad ke-3 SM yang dikenali sebagai contoh-contoh terawal tulisan Brāhmī, namun sistem tulisan berkenaan mungkin lebih lama digunakan, seawal-awal abad ke-6 SM. Pada tahun 1837, catatan tersebut berjaya ditafsirkan oleh seorang ahli arkeologi, filologi dan pegawal Syarikat Hindia-Timur British bernama James Prinsep.[2]Seperti tulisan Kharoṣṭhī yang sezaman dengannya yang pernah wujud di kawasan Afghanistan dan Pakistan, Brāhmī merupakan tulisan abugida, iaitu abjad konsonan yang diiringi tanda diakritik sebagai vokal. Huruf-hurufnya disusun mengikut grid (varga) mengikut prinsip fonetik, oleh itu tulisan ini ketika dicipta dikatakan hasil inovatif.[3]Tulisan ini merupakan nenek moyang bagi kebanyakan tulisan di Asia Selatan, Asia Tenggara, Tibet, dan mungkin juga Hangul Korea. Nombor Brahmi merupakan nenek moyang Nombor Hindu-Arab, yang kini digunakan di seluruh dunia. Susunan abjad Brāhmī juga diterima guna sebagai urutan tulisan kana Jepun, namun huruf-hurufnya pula tiada kaitan langsung.[4]