Asal-usul Tulisan_Brāhmī

Tulisan Brāhmī pernah digunakan untuk menulis loghat-loghat Prakrit awal. Penggunaannya terhad kepada catatan pada binaan, batu nisan dan juga kitab suci. Pada mulanya Bahasa Sanskrit tiada sistem tulisan sendiri sehingga berabad-abad kemudian. Oleh itu, tulisan Brāhmī tidak sesuai sepenuhnya untuk menulis bahasa Sanskrit, memandangkan beberapa bunyi dalam bahasa Sanskrit tiada padanan dalam tulisan Brāhmī.

Penemuan terawal tulisan abjad di kawasan Hindukush, khususnya abjad Aramia, terwujid pada abad ke-6 SM melalui peluasan Empayar Achaemenid yang meliputi lembah Indus di bawah pimpinan Raja Darius. Perkembangan sistem tulisan dari abad ke-6 hingga ke-3 SM agak samar-samar.

Adanya pihak yang berhujah bahawa cebis-cebisan epigrafi bertulisan Brāhmī yang ditemui di Sri Lanka dan Tamil Nadu, dipercayai dihasilkan sekitar abad ke-6 hingga ke-5 SM, dijadikan bukti peluasan agama Buddha[5], tetapi bukti-bukti wujudnya catatan Brahmi sebelum zaman Maurya Brahmi masih belum disahkan kerana cuma terdiri daripada cebisan sajak yang mungkin berisi aksara-aksara individu. Oleh itu, catatan-catatan zaman Asoka pada abad ke-3 SM tetap merupakan catatan lengkap terawal yang diketahui kekal, dan begitu juga tulisan Bhattiprolu yang mungkin wujud lebih awal dari zaman Asoka.

Kemungkinan epigrafi pra-Asoka

Rencana utama: Tamil Brahmi

Antara bahan-bahan dari zaman lebih awal yang dijumpai termasuklah serpihan tembikar dari bandar perdagangan Anuradhapura di Sri Lanka, yang dipercayai dibuat sekitar abad ke-6 hingga ke-4 SM;[6] Bhattiprolu;[7] dan juga pada serpihan tembikar di Adichanallur, Tamil Nadu, yang dikenal pasti berasal dari abad ke-6 SM melalui teknik radiokarbon.[8]

Kaitan dengan tulisan Aramia

Ramai pengkaji mempercayai bahawa tulisan Brāhmī berasal atau dipengaruhi oleh suatu abjad Semitik seperti abjad Aramia, seperti abjad Kharosthi yang wujud di kawasan barat laut India yang pernah ditakluki oleh empayar Achaemenid.

Catatan-catatan Brāhmī terawal memperlihatkan keserupaan yang ketara dengan bahasa Aramia bagi fonem-fonem yang bersamaan antara kedua-dua bahasa, khususnya huruf-huruf yang seolah-olah dibalikkan kerana perubahan arah penulisan. (Bahasa Aramia ditulis dari kanan ke kiri, begitu juga tulisan Brāhmī pada mulanya, tetapi lama-kelamaan tulisan Brāhmī berubah arah iaitu dari kiri ke kanan.) Contohnya, huruf bagi bunyi g dalam abjad Brāhmī dan Aramia g berupa Λ; huruf t pula menyerupai ʎ, dan sebagainya.

Tulisan Brahmi menunjukkan beberapa tambahan berbanding abjad Aramia. Contohnya, abjad Aramia tidak membezakan konsonan plosif gigi dan gelungan; dalam tulisan Brāhmī pula aksara-aksara konsonan gigi dan gelungannya agak serupa bentuknya, seolah-oleh kedua-duanya berasal dari huruf yang sama. Abjad Aramia tiada konsonan berhembusan seperti tulisan Brāhmī (kʰ, tʰ dsb.), manakala tulisan Brāhmī tiada konsonan penegas seperti abjad Aramia (q, ṭ, ṣ); nampaknya huruf-huruf penegas Aramia ini dijadikan huruf konsonan berhembusan dalam tulisan brahmi: huruf q Aramia menjadi huruf kh Brāhmī,huruf ṭ Aramia (Θ) menjadi huruf th (ʘ) Brāhmī, dsb. Sementara abjad Aramia tiada konsonan penegas bagi p, maka tulisan Brāhmī nampaknya menggandakan aksara p-nya untuk mengisi huruf ph berhembusan. Oleh itu, huruf-huruf p dan ph dalam tulisan Brāhmī amat serupa bentuknya, seolah-olah diambil dari huruf Aramia p yang sama. Huruf pertama kedua-dua abjad i ni juga berpadanan: huruf a Brāhmī yang menyerupai huruf K yang terbalik, amat serupa dengan huruf alef dalam abjad Aramia yang menyerupai huruf א dalam abjad Ibrani. Jadual berikut membandingkan tulisan Brāhmī dengan abjad Phoenicia yang amat menyerupai abjad Aramia kuno.

Kebarangkalian penerbitan tulisan Brahmi dari abjad Phoenicia
YunaniTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/GreekTemplat:Script/Greek
Phoenicia
Brahmi???
Devanagari
IASTabagadhaḍha vada?ḍa? thaṭhayakacalamanaṇaśa* paphasa*khacharaṣa*taṭa

*Tulisan Phoenicia/Aramia dan Brahmi terdapat tiga konsonan sibilan tak bersuara, tetapi hubungan antara aksara-aksara berkenaan tidak jelas setelah mengalami perubahan dalam susunan abjad.