Sejarah Turkmenistan

Rencana utama: Sejarah Turkmenistan

Sejarah awal

Wilayah Turkmenistan telah lama dikenali banyak orang dalam sejarah. Banyak pasukan dari berbagai kerajaan yang dikirim ke wilayah ini demi mendapatkan wilayah yang lebih makmur. Wilayah ini sudah lama dikenal terutama oleh pelbagai empayar Persia. Sejarah wilayah ini dimulai saat Kaisar Akhemeniyah (empayar kuno pertama Persia) menaklukan wilayah ini dan membahaginya kepada tiga wilayah, Margiana, Khwarezmia dan Parthia.

Alexander Agung menaklukan wilayah ini pada abad keempat SM pada perjalanannya menuju Asia Tengah, dan pada saat itu pula Laluan Sutra dibangunkan sebagai laluan perdagangan utama yang menghubungkan Asia dan kawasan Mediterranian. Beberapa abad kemudian, empayar Parthia Persia ditubuhkan dengan ibu kotanya di Nisa, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, kini berada sekitar 18 km di barat daya Ashgabat. Setelah kejatuhan empayar Parthia, wilayah ini kerap kali diduduki oleh berbagai empayar Iran selama beberapa abad.

Zaman Islam dan Pertengahan

Pada abad ketujuh Masihi, bangsa Arab menaklukan wilayah ini dan sekaligus memperkenalkan Islam dan juga budaya Timur Tengah. Turkmenistan mulai dikenal ketika khalifah Ma'mun Ar-Rasyid dari empayar Bani Abbasiyah memindahkan ibukota kerajaan Khorasan Raya ke Merw.

Pada pertengahan abad ke-11, Empayar Turki Saljuk memusatkan kekuasaan wilayahnya di Turkmenistan dalam usaha untuk meluaskan wilayah empayarnya hingga Khorasan. Pada pertengahan abad ke-12, kekuasaan empayar ini jatuh akibat dikalahkan oleh Genghis Khan yang pada saat itu berhasil merebut kekuasaan di wilayah timur Laut Kaspia dalam rangka pengembaraannya ke barat.

Tujuh abad kemudian, bangsa Turkmen hidup dibawah kekuasaan berbagai empayar dan perang antara suku. Sekitar abad ke-17 dan ke-19, kekuasaan di Turkmenistan diperebutkan oleh Empayar Persia, Kekahanan Khiva, para amir dari Bukhara dan penguasa Afghanistan. Selama masa ini, pemimpin spiritual Turkmen, Magtymguly Pyragy terkenal kerana usahanya untuk menjaga kebebasan dan kedaulatan bagi rakyatnya.

Pada saat itu, wilayah yang luas di Asia Tengah, termasuk Turkmenistan belum dipetakan dan hampir tidak dikenal secara luas oleh bangsa Eropah dan Dunia Barat. Persaingan untuk menguasai wilayah tersebut antara Empayar British dan Empayar Rusia ditandai dengan Permainan Besar. Sepanjang penaklukan mereka di Asia Tengah, Rusia disambut dengan perlawanan yang paling berat oleh Turkmenistan. Bagaimanapun, pada tahun 1894 Rusia dapat meluaskan pengaruhnya di Turkmenistan dan memasukkan wilayah itu ke dalam wilayah empayarnya.

Zaman Kesatuan Soviet

Berdasarkan Perjanjian Anglo-Rusia 1907, perang antara Empayar Rusia dengan Empayar British di Asia Tengah telah selesai. Sejak saat itu, Turkmenistan berada penuh dalam kekuasan Empayar Rusia. Pelbagai pengaruh budaya Rusia, termasuk bahasa mulai diperkenalkan kepada bangsa Turkmen. Revolusi Oktober yang terjadi di Rusia dan ketidakseimbangan politik menyebabkan keinginan bangsa Turkmen mendeklarasikan Republik Sosialis Soviet Turkmenistan, salah satu dari enam republik Kesatuan Soviet.

Seorang Turkmen berbusana tradisional, sekitar 1905–1915.

Perubahan besar terjadi dalam kehidupan bangsa Turkmen. Bangsa Turkmen pun didorong menjadi sekular dan mengadaptasi cara berpakaian bangsa Eropah. Aksara yang digunakan dalam bahasa Turkmen pun diganti dari abjad Arab kuno ke Rumi dan akhirnya abjad Cyril.

Namun, proses mempengaruhi bangsa Turkmen untuk meninggalkan cara-cara tradisional mereka untuk mendukung komunisme tidak sepenuhnya berhasil hingga akhir tahun 1948. Kebijakan nasional Kesatuan Soviet, antara tahun 1920 hingga 1930, sebenarnya mempromosikan "Penemuan Tradisi Bangsa Turkmen".[3] Bangsa Turkmen mendapat perlakuan yang lebih dalam pemerintahan Soviet dan sistem pendidikan. Ketika pemerintahan Stalin, beliau membenarkan bahasa Turkmen sebagai bahasa rasmi di Republik Sosialis Soviet Turkmenistan.

Kemerdekaan dan zaman moden

Ketika Kesatuan Soviet mulai runtuh, Turkmenistan dan republik Asia Tengah lainnya cemas akan keadaan negara mereka kerana mereka bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pasaran bebas Soviet untuk mencapai kemakmuran. Namun demikian, Turkmenistan mengisytiharkan kemerdekaannya pada tanggal 27 Oktober 1991, dan merupakan republik terakhir Soviet yang memerdekakan diri.[4]

Pada tahun 1991, Turkmenistan bergabung dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), sebuah organisasi antarabangsa yang anggotanya terdiri dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet. Namun, Turkmenistan menurunkan status keanggotaannya dalam organisasi tersebut menjadi "anggota persatuan" pada Ogos 2004. Pernyataan yang disampaikan oleh Presiden Turkmenistan ialah negara tersebut akan berkecuali selamanya.[5]

Pemimpin lama Republik Sosialis Soviet Turkmenistan, Saparmurat Niyazov menjadi presiden pertama Turkmenistan setelah pembubaran Kesatuan Soviet. Di bawah kepemimpinan beliau, hubungan antara bangsa Rusia dan Turkmen sangat dingin. Beliau menyebut dirinya sebagai seorang penyokong budaya Muslim tradisional dan bangsa Turkmen, bahkan beliau menyebut dirinya sebagai Türkmenbaşy, "pemimpin semua bangsa Turkmen". Perpanjangan kekuasaan beliau bertambah besar pada awal 1990-an, dan pada tahun 1999, beliau menjadi "Presiden seumur hidup".

Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2005 tanpa meninggalkan pewaris. Seorang mantan wakil perdana menteri dikatakan adalah anak tidak sahnya beliau. Gurbanguly Berdimuhammedow dipilih untuk menggantikan beliau pada 11 Februari 2007 melalui pemilihan umum.

Rujukan

WikiPedia: Turkmenistan http://www.aljazeera.com/news/asia/2011/12/2011123... http://www.atimes.com/atimes/Central_Asia/KL24Ag07... http://www.chaihana.com/ http://books.google.com/books?vid=ISBN0691117756&i... http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=10469 http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=10488 http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=13160 http://uk.reuters.com/article/2011/05/25/gas-turkm... http://www.statista.com/statistics/151168/cotton-p... http://www.studyrussian.com/seidenstrasse/silkroad...