Kelayakan UEFA_Euro_2020

Tidak ada tempat kelayakan automatik, dan semua 55 pasukan kebangsaan UEFA, termasuk 12 pasukan kebangsaan yang negara dijadual mengadakan perlawanan, perlu bersaing dalam pusingan kelayakan bagi 24 tempat pada kejohanan akhir.[22][23] Memandangkan bandar-bandar tuan rumah telah dilantik oleh UEFA pada September 2014, sebelum kelayakan UEFA Euro 2020, ia adalah mungkin ada pasukan kebangsaan dari bandar-bandar tuan rumah gagal layak ke kejohanan akhir.

Cabutan kelayakan UEFA Euro 2020 telah diadakan pada 2 Disember 2018 di Pusat Konvensyen Dublin di Dublin, Ireland.[24]

Proses kelayakan utama bermula pada bulan Mac 2019, bukannya pada bulan September 2018 berikutan Piala Dunia FIFA 2018, dan dijadualkan berakhir pada November 2019. Format ini masih sama, walaupun hanya 20 daripada 24 tempat untuk kejohanan akhir yang akan diputuskan dari proses kelayakan utama, menjadikan empat tempat masih belum diputuskan. Berikutan kemasukan Kosovo ke UEFA pada Mei 2016, diumumkan bahawa 55 orang ahli pada masa itu akan ditarik ke dalam sepuluh kumpulan selepas selesai Liga Negara-Negara UEFA (lima kumpulan lima pasukan dan lima kumpulan enam pasukan, dengan empat peserta Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA dijamin akan dimasukkan ke dalam kumpulan lima pasukan), dengan dua pasukan teratas dalam setiap kelayakan kumpulan. Kelayakan dijadualkan akan dimainkan pada hari perlawanan berganda pada bulan Mac, Jun, September, Oktober dan November 2019.[25]

Dengan penciptaan Liga Negara-Negara UEFA bermula pada 2018,[26][25][27][28] Liga Negara-Negara UEFA 2018–19 akan dikaitkan dengan kelayakan Euro UEFA, menyediakan peluang lain untuk melayakkan diri ke Euro 2020. Empat pasukan dari setiap divisyen yang belum layak ke pusingan akhir Euro akan bersaing dalam play-off untuk setiap divisyen, yang akan dimainkan pada Mac 2020. Pemenang play-off di setiap divisyen, akan diputuskan oleh dua separuh akhir "satu kali" (pasukan kedudukan terbaik vs. pasukan kedudukan keempat terbaik, dan pasukan kedudukan kedua terbaik vs. pasukan kedudukan ketiga terbaik, dimainkan di rumah pasukan kedudukan tertinggi) dan satu "satu kali" perlawanan akhir (dengan tempat yang disediakan terlebih dahulu di antara kedua-dua pemenang separuh akhir), dijadualkan menyertai 20 pasukan yang sudah pun layak ke pusingan akhir Euro.[28]

Pasukan layak

Daripada 20 pasukan yang kini layak ke kejohanan, 17 darinya adalah yang layak pada edisi 2016. Antaranya ialah Belgium dan Itali, yang mana kedua-duanya mencatatkan kempen kelayakan sempurna (10 kemenangan dalam 10 perlawanan),[29][30] juara bertahan Eropah Portugal dan juara bertahan piala dunia Perancis, beserta dengan Jerman juga layak ke Kejohanan Eropah untuk kali yang ke-13 berturut-turut.[31] Finland akan membuat penampilan pertama mereka dalam kejohanan Eropah, yang sebelum ini tidak pernah layak dalam mana-mana kejohanan besar.[32] Belanda dan Denmark kembali selepas terlepas pada 2016, dengan Belanda memenangi kejohanan utama untuk kali pertama sejak 2014.[33][34] Austria dan Wales berjaya mencapai kejohanan Eropah kedua berturut-turut buat kali pertama.[35][36]

Daripada dua belas negara tuan rumah, tujuh berjaya melayakkan diri secara langsung untuk kejohanan itu. Empat akan memasuki play-off, dengan maksimum tiga yang dapat melayakkan diri, sementara Azerbaijan telah secara sepenuhnya disingkirkan berikutan peringkat kumpulan kelayakan.[37]

Pasukan[upper-alpha 1]Layak sebagaiLayak padaPenampilan terdahulu dalam kejohanan[upper-alpha 2]
 BelgiumI1 !Juara Kumpulan I10 Oktober 20195 (1972, 1980, 1984, 2000, 2016)
 ItaliJ1 !Juara Kumpulan J12 Oktober 20199 (1968, 1980, 1988, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 Rusia[upper-alpha 3]I2 !Naib Juara Kumpulan I13 Oktober 201911 (1960, 1964, 1968, 1972, 1988, 1992, 1996, 2004, 2008, 2012, 2016)
 PolandG1 !Juara Kumpulan G13 Oktober 20193 (2008, 2012, 2016)
 UkraineB1 !Juara Kumpulan B14 Oktober 20192 (2012, 2016)
 SepanyolF1 !Juara Kumpulan F15 Oktober 201910 (1964, 1980, 1984, 1988, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 PerancisH1 !Juara Kumpulan H14 November 20199 (1960, 1984, 1992, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 TurkiH2 !Naib Juara Kumpulan H14 November 20194 (1996, 2000, 2008, 2016)
 EnglandA1 !Juara Kumpulan A14 November 20199 (1968, 1980, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004, 2012, 2016)
 Republik Czech[upper-alpha 4]A2 !Naib Juara Kumpulan A14 November 20199 (1960, 1976, 1980, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 FinlandJ2 !Naib Juara Kumpulan J15 November 20190 (penampilan sulung)
 SwedenF2 !Naib Juara Kumpulan F15 November 20196 (1992, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 CroatiaE1 !Juara Kumpulan E16 November 20195 (1996, 2004, 2008, 2012, 2016)
 AustriaG2 !Naib Juara Kumpulan G16 November 20192 (2008, 2016)
 BelandaC2 !Naib Juara Kumpulan C16 November 20199 (1976, 1980, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012)
 Jerman[upper-alpha 5]C1 !Juara Kumpulan C16 November 201912 (1972, 1976, 1980, 1984, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 PortugalB2 !Naib Juara Kumpulan B17 November 20197 (1984, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016)
 SwitzerlandD1 !Juara Kumpulan D18 November 20194 (1996, 2004, 2008, 2016)
 DenmarkD2 !Naib Juara Kumpulan D18 November 20198 (1964, 1984, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004, 2012)
 WalesE2 !Naib Juara Kumpulan E19 November 20191 (2016)
PA !Juara Play-off Laluan A31 Mac 2020
PB !Juara Play-off Laluan B31 Mac 2020
PC !Juara Play-off Laluan C31 Mac 2020
PD !Juara Play-off Laluan D31 Mac 2020
  1. Huruf condong menunjukkan pasukan dari salah satu daripada dua belas tuan rumah persatuan.
  2. Huruf tebal menunjukkan juara pada tahun itu. Huruf condong menunjukkan tuan rumah pada tahun itu.
  3. Dari tahun 1960 hingga ke 1988, Rusia bersaing sebagai Kesatuan Soviet, dan pada tahun 1992 sebagai CIS.
  4. Dari 1960 hingga 1980, Republik Czech bertanding sebagai Czechoslovakia.
  5. Dari 1972 hingga 1988, Jerman bertanding sebagai Jerman Barat.

Rujukan

WikiPedia: UEFA_Euro_2020 http://www.belgiumsoccer.be/nieuws/lees/2010-12-04... http://de.fifa.com/worldfootball/news/newsid=15941... http://prosoccertalk.nbcsports.com/2013/09/12/bids... http://sportforbusiness.com/uefa-opens-sponsor-bid... http://www.techplugged.com/hisense-aims-higher-wit... http://www.uefa.com/uefaeuro-2020/index.html http://www.uefa.com/uefaeuro-2020/news/newsid=2151... http://www.dw-world.de/dw/article/0,,5770314,00.ht... http://www.rte.ie/sport/soccer/2012/0515/320958-ir... http://www.nu.nl/sport/2464088/knvb-richt-zich-bin...