Ultraman_Zero:_The_Chronicle

Ultraman Zero: The Chronicle (ウルトラマンゼロ THE CHRONICLE, Urutoraman Zero Za Kuronikuru) ialah sebuah siri biografi yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions bertujuan untuk memperingati ulang tahun ke-50 siri Ultra Seven. Siri ini mengikuti gaya cerita yang sama dengan Ultraman Retsuden, dan terus menampilkan Ultraman Zero sebagai watak utama siri, membawa penonton kepada filem dan siri mini yang menampilkan penglibatan utamanya. Sebelum penyiaran rasmi pada tahun 2017 di Jepun, ia disiarkan di Malaysia dalam saluran Astro Ceria bermula 10 April 2015 dalam Bahasa Melayu.[1]Siri ini disiarkan bermula 7 Januari 2017 di dua saluran televisyen Jepun, TV Tokyo dan BS Japan masing-masing pada pukul 9:00 pagi dan 5:00 petang. Laman web rasmi juga mengumumkan pelancaran Ultra Fight Orb, sebuah spin-off dari siri Ultraman Orb yang ditetapkan untuk disiarkan pada musim bunga 2017.[2][3][4][5]Pada 25 Julai 2017, Toku mengumumkan bahawa siri ini akan disiarkan di Amerika Syarikat dalam salurannya dengan sari kata Bahasa Inggeris bermula 31 Ogos 2017. [6][7]Slogan utama dalam siri ini ialah "Ia adalah babad pertempuran." (それは、激闘の年代記(─クロニクル─)。, Sore wa, gekitō no kuronikuru).