UnionPay
UnionPay

UnionPay

UnionPay (Cina ringkas: 银联; pinyin: Yínlián), juga dikenali sebagai China UnionPay (Cina ringkas: 中国银联; pinyin: Zhōngguó Yínlián) atau dengan singkatannya, CUP, ialah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan China yang beribu pejabat di Shanghai, China. Ia menyediakan perkhidmatan kad bank dan skim kad utama di tanah besar China. Ditubuhkan pada 26 Mac 2002, China UnionPay adalah persatuan bagi industri kad perbankan China, yang beroperasi di bawah kelulusan Bank Rakyat China (PBOC, bank pusat China).[1] Ia juga merupakan satu-satunya rangkaian antara bank di China yang menghubungkan semua mesin juruwang automatik (ATM) semua bank di seluruh negara. Ia juga pemindahan dana elektronik pada rangkaian jualan (EFTPOS). Ini merupakan organisasi pembayaran kad terbesar (kad debit dan gabungan kad kredit) di dunia yang menawarkan pembayaran mudah alih dan dalam talian[2] berdasarkan jumlah nilai transaksi pembayaran, di hadapan Visa dan Mastercard.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: UnionPay http://www.pbc.gov.cn/english//detail.asp?col=6400... http://www.pbc.gov.cn/english/130721/2830453/index... http://www.prnewswire.com/news-releases/moxian-inc... http://cn.unionpay.com http://www.unionpayintl.com/en/ http://www.unionpayintl.com/en/aboutUs/companyProf... http://www.unionpayintl.com/wap/en/mediaCenter/new... https://www.finextra.com/pressarticle/65412/unionp... https://www.reuters.com/article/2014/03/12/us-chin... https://web.archive.org/web/20080606051506/http://...