Upacara_pembukaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020
Upacara_pembukaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020

Upacara_pembukaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020

Upacara pembukaan dari Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang tertunda berlangsung pada 23 Julai 2021 di Stadium Olimpik, Tokyo,[1] dan secara rasmi dibuka oleh Maharaja Naruhito.[2] Seperti yang diamanatkan oleh Piagam Olimpik, prosiding menggabungkan pembukaan formal dan majlis dari acara sukan antarabangsa ini, termasuk pidato penyambutan, pengibaran bendera dan perarakan atlet, dengan tontonan artistik untuk menampilkan budaya dan sejarah negara tuan rumah. Sebahagian besar tontonan artistik telah dirakamkan sebelumnya, dengan segmen secara langsung diadakan dengan sedikit penonton VIP dan pemain yang mematuhi penjarakkan sosial. Upacara tersebut menandai peringatan 125 tahun Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens—edisi perdana Olimpik moden.[3][4] Tema upacara Olimpik ialah Moving Forward, merujuk pandemik COVID-19 global, dengan tema upacara pembukaan menjadi slogan Tokyo 2020 United by Emotion, di mana penganjur dimaksudkan untuk "menegakkan kembali peranan suakn dan nilai Olimpik."