VAIO

VAIO (disebut /ˈvaɪ.oʊ/) adalah suatu jenama komputer riba yang dihasilkan oleh Sony pada tahun 1997 hingga sekarang. Sebelum tahun 2007, VAIO dikenalkan sebagai akronim Video Audio Integrated Operation, tetapi sekarang ia diperkenalkan sebagai Visual Audio Intelligence Organiser selepas ia menyambut hari jadi ke-10 pada tahun 2007.VAIO dijual di negara maju dan negara membangun seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Denmark, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Jepun, Kuwait, Malaysia, Norway, Oman, Pakistan, Qatar, Rusia, Arab Saudi, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan lain-lain.