Wikipedia:Laman_pengguna

Laman pengguna digunakan untuk tujuan komunikasi dan kolaborasi. Sungguhpun anda diberi cukup kebebasan untuk memperibadikan dan mengurus laman pengguna sendiri, namun harus diingati bahawa laman pengguna merupakan laman projek komuniti,bukan tapak web peribadi, blog, ataupun bahantara rangkaian sosial. Ia seharusnya digunakan untuk lebih menggiatkan diri dalam komuniti, bukannya untuk tujuan-tujuan yang tidak berkenaan ataupun mencemari nama baik projek ini.Anggaplah niat baik
Konflik kepentingan
Jangan hentam pengguna baru
Jangan rencatkan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat
Etika
Mempermainkan sistem
Laman penggunaMemetik sumber
Sumber yang boleh dipercayai
KelayakanTandatangan
Garis panduan laman perbincanganSaiz rencana
Berani
Jangan masukkan salinan sumber asli
Jangan melakukan tipu helah
Ringkasan suntingan
Karut jelasKategori, senarai dan templat
Pengkategorian
Nyahkekaburan
SublamanManual Gaya
Manual Gaya (senarai)
Manual Gaya (jadual)Laman pengguna ialah halaman-halaman dalam ruang nama "Pengguna" dan "Perbincangan pengguna" yang sesuai untuk menyusun atur dan membantu kerja pengguna di Wikipedia, serta memudahkan interaksi dan perkongsian sesama pengguna. Laman pengguna terutamanya adalah untuk perbincangan sesama ahli, notis, ujian dan draf, dan sedikit kandungan autobiografi dan peribadi jika perlu. Laman pengguna turut disediakan kepada pengguna Wikipedia secara peribadi bagi tujuan-tujuan yang serasi dengan projek Wikipedia dan diterima oleh komuniti; Wikipedia bukan blog, penyedia ruang web, ataupun tapak rangkaian sosial. Dasar-dasar Wikipedia berkenaan kandungan laman-laman boleh dan pada umumnya dikenakan pada laman pengguna, maka pengguna mesti mematuhi dasar-dasar tersebut. Sesiapa yang dipercayai melanggar dasar-dasar tersebut haruslah ditegur terlebih dahulu di laman pengguna mereka dengan menggunakan {{subst:uw-userpage}} selagi tindakan tegas belum diperlukan.