Keturunan William,_Putera_Wales

Putera William ialah berseli dengan keturunan lelaki dan perempuan William the Conqueror, raja pertama Norman England.

Dengan keturunan sebelah bapa, melalui datuknya Putera Philip, beliau adalah keturunan Elimar I, Count of Oldenburg, dan ahli House of Oldenburg, salah satu rumah diraja yang tertua di Eropah, dan lebih khusus dengan cawangan kadet yang dikenali sebagai House of Glücksburg, diasaskan oleh nenek moyang sebelah bapa William iaitu Friedrich Wilhelm, Duke of Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg. Nenek moyang William pada sebelah bapanya terdiri daripada lima raja: Christian I dari Denmark, Frederick I Denmark, Christian III Denmark, Christian IX dari Denmark dan Georgios I dari Yunani, dan juga sebelas dari Oldenburg, dua Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg, lima Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Beck, dan satu Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg.

Melalui ibunya, William ialah dari Keluarga Spencer, Earl Spencer, dan Keluarga Baron Fermoy, keturunan Duke Grafton dan Duke Richmond, kedua mereka anak luar nikah Raja Charles II. Oleh itu, apabila William menaiki takhta kelak, beliau akan menjadi raja pertama dari keturunan Raja Charles II, dan juga yang pertama dari susur-galur Raja Charles I dan Raja James sejak kemangkatan Ratu Anne pada 1714.

Melalui keluarga bapanya, Putera William ialah dari Jerman, Inggeris, dan berketurunan Scotland, dan melalui keluarga ibunya, beliau terdiri daripada British-Amerika, Inggeris, Jerman, Ireland, dan berketurunan Scotland.

Keturunan William, Putera Wales
16. Georgios/George I dari Yunani
8. Putera Andrew dari Yunani dan Denmark
17. Grand Duchess Olga Constantinovna dari Rusia
4. Putera Philip dari Yunani dan Denmark
18. Putera Louis dari Battenberg
9. Puteri Alice dari Battenberg
19. Puteri Victoria dari Hesse dan dengan Rhine
2. Charles, Putera Wales
20. George V dari United Kingdom
10. George VI dari United Kingdom
21. Puteri Mary dari Teck
5. Elizabeth II dari United Kingdom
22. Claude Bowes-Lyon, Earl Strathmore dan Kinghorne ke-14
11. Lady Elizabeth Bowes-Lyon
23. Cecilia Cavendish-Bentinck
1. Putera William, Duke Cambridge
24. Charles Spencer, Earl Spencer ke-6
12. Albert Spencer, Earl Spencer ke-7
25. Margaret Baring
6. John Spencer, Earl Spencer ke-8
26. James Hamilton, Duke Abercorn ke-3
13. Lady Cynthia Hamilton
27. Lady Rosalind Cecilia Bingham
3. Lady Diana Spencer
28. James Roche, Baron Fermoy ke-3
14. Maurice Roche, Baron Fermoy ke-4
29. Frances Ellen Work
7. Frances Roche
30. William Smith Gill
15. Ruth Roche, Baroness Fermoy
31. Ruth Littlejohn

Masa depan

Sebagai anak sulung Putera Wales, beliau dijangkakan akan menaiki takhta United Kingdom dan negara-negara Kerajaan Komanwel yang lain. Jikalau William memutuskan untuk menggunakan nama pertamanya sebagai nama dirajanya, beliau akan dikenali sebagai Raja William V. Namun terdapat kemungkinan bahawa William akan menggunakan nama yang lain seperti yang dilakukan oleh Putera Albert Edward pada 1901 dan Putera Albert pada 1936. Seperti ibunya, William dikatakan tidak begitu menyukai protokol-protokol diraja yang berlebihan dan inginkan kebebasan lebih besar untuk dirinya.

Rujukan

WikiPedia: William,_Putera_Wales http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://id.worldcat.org/fast/1760420/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... http://www.centrepoint.org.uk/content/view/54/41/ https://nla.gov.au/anbd.aut-an49861308 https://trove.nla.gov.au/people/1526979 https://www.reuters.com/world/uk/king-charles-name... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q