Ciri-ciri Windows_7

Ciri-ciri baru dan berubah

Fail:Action Center on Windows 7.pngAction Center baru yang menggantikan Windows Security Center

Windows 7 menampilkan sebilangan ciri-ciri baru seperti kemajuan pengecaman tulisan tangan dan sentuhan, sokongan untuk cakera keras maya, peningkatan prestasi pemproses berbilang teras,[33][34][35][36] mengebut, DirectAccess, dan inti. Windows 7 turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru Windows Media Center serta [37] Gadgetnya, peningkatan ciri-ciri media, XPS Essentials Pack dan Windows PowerShell, dan Kalkulator baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod Programmer dan Statistics serta tukaran unit ukuran. Banyak lagi item baru telah diterapkan ke dalam Control Panel, termasuk ClearType Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, dan Display.[38] Windows Security Center dinamakan semula sebagai Windows Action Center yang meliputi keselamatan dan penyelenggaraan komputer. Seting asalan User Account Control dalam Windows 7 dikritik kerana membolehkan perisian yang tidak dipercayai dilancarkan dengan dinaikkan keistimewaannya dengan mengeksploitasi perisian yang dipercayai.[39] Jurutera inti Microsoft Windows Mark Russinovich memperakui masalah tersebut, tetapi mengingatkan bahawa adanya kerentanan lain yang tidak bergantung pada seting baru ini.[40] Windows 7 juga menyokong paparan imej seakan Mac dengan menambah dekoder imej boleh WIC, yang membolehkan paparan lakaran imej, prebiu dan metadata imej mentah di Windows Explorer, di samping paparan saiz penuh dan persembahan slaid di Windows Photo Viewer dan Window Media Center.[41]

Palang tugasnya telah mengalami perubahan zahir yang terbesar, iaitu bar alat Quick Launch digantikan dengan menyematkan aplikasi pada palang tugas. Butang aplikasi yang disematkan telah disepadukan dengan butang tugas. Butang-butang ini juga membolehkan ciri-ciri Jump Lists untuk memudahkan capaian kepada tugas-tugas seharian.[42] Palang tugas yang diperbaharui ini juga membolehkan penyusunan semula butangnya. Di sebelah kanan jam sistem ialah sebiji butang segiempat kecil yang berfungsi sebagai ikon Show desktop, iaitu sebahagian ciri-ciri baru dalam Windows 7 yang bernama Aero Peek. Apabila tetikus dibawa ke butang ini, semua tetingkap yang buka menjadi lutsinar untuk menjenguk latarnya.[43] In touch-enabled displays such as touch screens, tablet PCs, etc., this button is slightly wider to accommodate being pressed with a finger.[44] Sekali menekan butang ini akan meminimumkan semua tetingkap, dan menekannya sekali lagi akan memulihkan tetingkap. Di samping itu, terdapat ciri-ciri Aero Snap yang memaksimumkan sesebuah tetingkap secara automatik dengan mengheretnya ke sisi atas, kiri atau kanan skrin.[45] Ini juga membolehkan kita melekat dokumen atau fail di mana-mana tepi skrin untuk membandingkannya. Apabila seseorang pengguna mengalihkan tetingkap yang dimaksimumkan, sistem memulihkan tetingkap tersebut ke saiz asal secara automatik. Fungsi ini juga boleh dilakukan dengan kekunci pintas. Berbeza dari Windows Vista, bingkai tetingkap dan palang tugas kekal lutsinar apabila sesebuah tetingkap dimaksimumkan dengan menggunakan Windows Aero.

Palang tugas Windows 7.

Untuk para pembangun, Windows 7 merangkumi API perangkaian baru yang disertakan sokongan untuk membina perkhidmatan web berasaskan SOAP dalam kod tempatan (berbanding perkhidmatan web WCF berasaskan .NET),[46] ciri-ciri baru yang menyingkatkan masa memasang perisian, pengurangan prom UAC, pemudahan pembangunan pakej pemasangan,[47] dan peningkatan sokongan globalisasi melalui Extended Linguistic Services API yang baru.[48] Di WinHEC 2008, Microsoft mengumumkan bahawa kedalaman warna 30-bit dan 48-bit akan disokong dalam Windows 7 di samping gamut warna scRGB (yang boleh ditukar dan dihasilkan sebagai xvYCC bagi HDMI 1.3). Mod-mod video yang disokong dalam Windows 7 ialah 16-bit sRGB, 24-bit sRGB, 30-bit sRGB, 30-bit sRGB lanjutan, dan 48-bit scRGB.[49][50]

Permainan Internet Spades, Internet Backgammon dan Internet Checkers yang digugutkan dari Windows Vista, telah dikembalikan di Windows 7. Windows 7 turut diisi Internet Explorer 8 dan Windows Media Player 12.

Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Windows 7 will allow users to disable Internet Explorer

Pengguna juga dapat mematikan banyak lagi komponen Windows 7 berbanding Windows Vista, termasuk Internet Explorer, Windows Media Player, Windows Media Center, Windows Search, dan Windows Gadget Platform.[51] Windows 7 merangkumi 13 skim bunyi tambahan, bertajuk Afternoon, Calligraphy, Characters, Cityscape, Delta, Festival, Garden, Heritage, Landscape, Quirky, Raga, Savanna, dan Sonata.[52] Satu versi baru Virtual PC, iaitu Windows Virtual PC Beta disediakan untuk edisi Windows 7 Professional, Enterprise, dan Ultimate,[53] yang membolehkan pelbagai persekitaran Windows, termasuk Windows XP Mode, dijalankan dalam mesin yang sama, asalkan memerlukan penggunaan Intel VT-x atau AMD-V. Windows XP Mode menjalankan Windows XP dalam mesin maya dan mengalihkan aplikasi yang berjalan dalam Windows XP ke latar Windows 7.[54] Lebih-lebih lagi, Windows 7 menyokong pemasangan cakera keras maya (VHD) sebagai storan data biasa yang mana Windows 7 boleh dibut darinya.[55] Remote Desktop Protocol (RDP) Windows 7 juga dipertingkatkan untuk menyokong aplikasi multimedia masa nyata, termasuk memainkan video dan permainan 3D. Oleh itu, Direct X 10 boleh digunakan dalam persekitaran desktop jauh.[56] Had tiga aplikasi digugurkan dari versi Windows 7 Starter.[57]

Ciri-ciri yang digugurkan

Sebilangan kebolehan dan program tertentu yang pernah melengkapi Windows Vista sudah tiada lagi atau diubah, menyebabkan tiadanya fungsi-fungsi yang tertentu. Beberapa ciri-ciri dan komponen Windows Vista yang dikenali telah digantikan atau digugurkan dari Windows 7, antara muka pengguna Start Menu yang klasik, Windows Ultimate Extras, InkBall, dan Windows Calendar. Empat aplikasi yang diberkas dalam Windows Vistam iaitu Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker, Windows Calendar[58] dan Windows Mail, juga tidak diterapkan dalam Windows 7, sebaliknya boleh dimuat turun secara percuma dalam pakej berasingan yang bernama Windows Live Essentials.

Rujukan

WikiPedia: Windows_7 http://www.cbc.ca/technology/story/2008/10/14/tech... http://vista.blorge.com/2008/09/30/windows-7-enter... http://news.cnet.com/8301-13860_3-10064971-56.html http://money.cnn.com/news/newsfeeds/siliconalley/b... http://www.computerworld.com/action/article.do?com... http://www.downloadsquad.com/2009/10/21/raw-image-... http://www.engadget.com/2009/04/24/windows-7-rc-71... http://www.ilmuit.com/category/519 http://download.live.com/windows7 http://download.microsoft.com/download/5/E/6/5E66B...