Perkembangan Windows_7

Pada mulanya, satu versi Windows bernama kod Blackcomb dirancangkan untuk menggantikan Windows XP (nama kod Whistler) dan Windows Server 2003. Antara ciri-ciri utama yang dirancangkan untuk Blackcomb, termasuklah penekanan pada kemudahan gelintaran dan pertanyaan data dan sistem storan canggih bernama WinFS untuk membolehkannya. Bagaimanapun, keluaran sementara bernama kod "Longhorn" diumumkan pada tahun 2003, justeru menangguhkan pembangunan Blackcomb.[11] Apapun, pada pertengahan tahun 2003, Longhorn telah memiliki beberapa ciri-ciri yang dimaksudkan untuk Blackcomb. Setelah tiga virus besar mengekspolit kepincangan dalam sistem pengendalian Windows dalam masa yang singkat pada tahun 2003, Microsoft mengubah keutamaan pembangunannya dengan menangguhkan sebahagian usaha pembangunan utama Longhorn sambil membangunkan pek perkhidmatan baru untuk Windows XP dan Windows Server 2003. Pembangunan Longhorn (Windows Vista) juga "diset semula" atau ditangguhkan pada Ogos 2004, dengan pengguguran beberapa ciri-cirinya.[12]

Blackcomb dinamakan semula sebagai Vienna pada awal tahun 2006,[13] dan sekali lagi sebagai Windows 7 pada tahun 2007.[14] Pada tahun 2008, diumumkan bahawa Windows 7 bakal menjadi nama rasmi sistem pengendalian terkini ini.[15][16]

Pada Janurai 2008, keluaran luaran pertama kepada rakan-rakan Microsoft terpilih berbentuk Milestone 1, build 6519.[17] Di PDC 2008, Microsoft menunjuk cara Windows 7 dengan palang tugas yang diperbaharui. Salinan-salinan Windows 7 build 6801 diedarkan pada akhir persidangan itu, tetapi palang tugas yang baru ditunjukkan itu tidak boleh digunakan dalam build ini.

Pada 27 Disember 2008, Windows 7 Beta dibocorkan ke dalam Internet melalui BitTorrent.[18] Mengikut ujian prestasi yang dijalankan oleh ZDNet,[19] Windows 7 Beta mengatasi Windows XP dan Vista dalam beberapa aspek penting, termasuk masa yang diambil untuk dibut dan ditutup serta pengurusan fail seperti memuat dokumen. Namun begitu, masih ada kelemahannya berbanding XP, termasuk uji tanda aras PC Pro untuk kegiatan pejabat seharian dan penyuntingan video yang masih sama seperti Vista dan perlahan berbanding XP.[20] Pada 7 Januari 2009, versi 64-bit Windows 7 Beta (build 7000) dibocorkan pula, kali ini ada sebilangan torrent yang dijangkiti kuda trojan.[21][22] Di CES 2009, CEO Microsoft Steve Ballmer mengumumkan Windows 7 Beta build 7000, yang boleh dimuat turun oleh pelanggan MSDN dan TechNet dalam format imej ISO.[23] Beta ini pada mulanya hendak dikeluarkan kepada umum pada 9 Januari 2009, tamabahan pula Microsoft merancangan agar 2.5 juta orang dapat memuat turunnya pada tarikh tersebut. Bagaimanapun, pemuatturunan ditunda kerana kesesakan trafik.[24] Had muat turun juga dilanjutkan hingga 24 Januari, dan sekali lagi pada 10 Februari. Sesiapa yang tidak berjaya menyiapkan muat turun beta ini diberi dua hari tambahan untuk melengkapkannya. Selepas 12 Februai, muat turun yang belum selesai tidak boleh disiapkan lagi. Pengguna masih boleh mendapatkan kunci keluaran dari Microsoft untuk mengaktifkan salinan Windows 7 Beta mereka yang luput pada 1 Ogos 2009. Calon keluaran build 7100 boleh diperoleh oleh pelanggan MSDN dan TechNet dan peserta Connect Program sejak 30 April dan dikeluarkan pada umum pada 5 Mei 2009. Versi ini turut dibocorkan ke dalam Internet melalui BitTorrent.[25] Calon keluaran terdapat dalam lima bahasa dan akan luput pada 1 Jun 2010, dengan penutupan automatik setiap dua jam mulai 1 Mac 2010.[26] Microsoft telah menyatakan bahawa Windows 7 akan dikeluarkan kepada umum pada 22 Oktober 2009. Microsoft mengeluarkan Windows 7 kepada pengguna MSDN dan Technet pada 6 Ogos 2009.[27] Microsoft mengumumkan bahawa Windows 7, bersama Windows Server 2008 R2 dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009. Windows 7 RTM adalah build 7600.16385 yang disusun pada 13 Julai 2009, iaitu versi RTM yang muktamad selepas lulus dalam semua ujian dalaman Microsoft.[4]

Matlamat

Bill Gates, ketika ditemubual majalah Newsweek, berkata versi Windows kali ini bakal "lebih mengutamakan pengguna".[28] Beliau turut berkata bahawa Windows 7 bakal memberi tumpuan pada peningkatan prestasi.[29] Steven Sinofsky dalam blog Engineering Windows 7 menjelaskan bahawa Microsoft sedang menggunakan pelbagai alat lakaran baru untuk mengukur prestasi pelbagai segi sistem pengendalian secara berterusan, untuk membantu mengenal pasti laluan kod yang tidak cekap serta mengelakkan kemerosotan prestasi.[30]

Naib Presiden Kanan Bill Veghte berkata bahawa pengguna Windows Vista yang beralih ke Windows 7 tidak akan mendapati masalah keserasian peranti yang timbul ketika bertukar dari Windows XP.[31] Pada 16 Oktober 2008, CEO Microsoft Steve Ballmer mengesahkan keserasian antara Vista dan Windows 7,[32] dengan menunjukkan bahawa Windows 7 merupakan versi Windows Vista yang diperhalusi.[32]

Rujukan

WikiPedia: Windows_7 http://www.cbc.ca/technology/story/2008/10/14/tech... http://vista.blorge.com/2008/09/30/windows-7-enter... http://news.cnet.com/8301-13860_3-10064971-56.html http://money.cnn.com/news/newsfeeds/siliconalley/b... http://www.computerworld.com/action/article.do?com... http://www.downloadsquad.com/2009/10/21/raw-image-... http://www.engadget.com/2009/04/24/windows-7-rc-71... http://www.ilmuit.com/category/519 http://download.live.com/windows7 http://download.microsoft.com/download/5/E/6/5E66B...