Newsweek
Newsweek

Newsweek

Newsweek merupakan majalah berita antarabangsa yang diterbitkan setiap minggu di Amerika Syarikat. Majalah ini ialah yang kedua terbesar pasarannya selepas majalah Time. Majalah Newsweek diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain seperti bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Poland, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, dan bahasa Turki. Pada 2003, ia terjual lebih 4 juta naskhah sebelum menurun kepada 2.7 juta naskhah lalu menurun lagi sehingga hanya 1.5 naskhah sahaja pada 2010. Kini, terdapat 22 biro dengan pangkalan hadapan terletak di New York, Los Angeles, Chicago, Detroit, Dallas, Miami, Washington, Boston, dan San Francisco. Pangkalan-pangkalan lain ada terdapat di London, Paris, Berlin, Moscow, Jerusalem, Baghdad, Tokyo, Hong Kong, Beijing, Cape Town, Bandaraya Mexico dan Buenos Aires.

Berkaitan