Demografi Zanzibar

Latar di sebuah jalan di Stone Town.Penjual buah di sebuah pasar.

Bancian Tahun 2002 merupakan bancian terkini yang dilaporkan. Jumlah penduduk di Zanzibar adalah 984,625 orang[12] – dengan kadar pertumbuhan tahunan pada kadar 3.1 peratus.[13] Jumlah penduduk di Zanzibar City, yang mana merupakan kota terbesar adalah 205,870 orang.[13]

Sekitar 2/3 penduduk atau 622,459 orang tinggal di Unguja (Pulau Zanzibar), dengan kebanyakkannya mendiami kawasan di sebelah barat. Selain Zanzibar City, bandar-baandar lain di Unguja termasuk Chaani, Mbweni, Mangapwani, Chwaka, dan Nungwi. Luar daripada bandar-bandar ini, kebanyakan penduduk tinggal di kampung-kampung kecil dengan bercucuk tanam dan menangkap ikan.[13]

Jumlah penduduk di Pulau Pemba adalah 362,166 orang.[14] Bandar terbesar di sini adalah Chake-Chake, dengan jumlah penduduk seramai 19,283 orang. Bandar-bandar kecil adalah Wete dan Mkoani.[13]

Pulau Mafia, pulau utama lain di Kepulauan Zanzibar tetapi ditaddbir oleh tanah besar Tanzania (Tanganyka), mempunyai penduduk seramai 40,801 orang.[15]

Asal etnik dan bahasa

Rakyat Zanzibar datang dari pelbagai etnik.[16] Penduduk tetap pertama di Zanzibar berkemungkinan adalah leluhur daripada Bantu Hadimu dan Tumbatu, yang mula tiba daripada tanak besar Tasik Besar Afrika sekitar tahun 1000AD. Mereka tergolong dalam pelbagai etnik dari tanah besar dan di Zanzibar, mendiami kampung-kampung kecil, dan tidak membentuk kelompok politik yang lebih besar.

Pada hari ini, Zanzibar ramai didiami oleh etnik Swahili and Bantu.[13] Terdapat juga sejumlah penduduk berketurunan Arab selain India.[17]

Penduduk Zanzibar bertutur dalam bahasa Swahili (Kiswahili) dan Bantu yang mana digunakan dengan meluas di kawasan Tasik Besar Afrika. Selain bahasa Inggeris, Swahili merupakan salah satu daripada dua bahasa rasmi di Tanzania. Ramai penduduk tempatan juga bertuutur dalam bahasa Perancis dan Itali.[18]

Agama

Zanzibar Religions (2010 est.)[19]
Islam
  
98.9%
Kristian
  
0.6%
Asli
  
0.5%
Rencana utama: Islam di Zanzibar

Berdasarkan Buku Fakta Dunia CIA, hampir keseluruhan penduduk Zanzibar beragama Islam.[19] dengan minoriti masyarakat Kristian dan asli.

Masjid dan gereja terletak berdekatan antara satu sama lain di Stone City, Zanzibar.

Minoriti Katolik diselia oleh Katolik Rom Kawasan Uskup Zanzibar