Zanzibar
Zanzibar

Zanzibar

Zanzibar (/ˈzænzᵻbɑːr/; Bahasa Arab: زنجبار‎ Zanjibār), adalah sebuah wilayah separa autonomi di Tanzania, Afrika Timur. Ia membentuk Kepulauan Zanzibar di Lautan India, kira-kira 25–50 kilometer (16–31 mi) di luar pantai tanah besar, dan terdiri daripada banyak pulau-pulau kecil dan dua buah pulau besar: Unguja (pulau utama, secara tidak rasmi dirujuk sebagai Zanzibar) dan Pemba. Ibu negaranya adalah Kota Zanzibar, yang mana terletak di pulau Unguja. Pusat sejarahnya adalah Stone Town, yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia.Industri utama di Zanzibar adalah rempah ratus, raffia, dan pelancongan.[5] Secara khususnya, kepulauan ini menghasilkan bunga cengkih, buah pala, kayu manis, dan lada hitam. Oleh sebab ini, pulau ini bersama-sama dengan Pulau Mafia, kadang kala dikenali sebagai Pulau Rempah (sebuah istilah yang berkaitan dengan Kepulauan Maluku di Indonesia). Zanzibar merupakan rumah pada monyet colobus merah Zanzibar, Zanzibar servaline genet, dan (kemungkinan pupus) harimau bintang Zanzibar.

Zanzibar

Zon masa UTC+3 (EAT)
Pemerintahan Persekutuan
• Bancian 2012 1,303,569[3]
• Timbalan Presiden Kedua Seif Ali Iddi
• Timbalan Presiden Pertama Seif Sharif Hamad
Perundangan Dewan Perwakilan
• Kepadatan 529.7/km2 (1,371.9/sq mi)
• Pergabungan 26 April 1964
Bahasa rasmi Arab
• Raja Berpelembagaan 10 Disember 1963
Mata wang Shilling Tanzania (TZS)
Demonim Zanzibari
Kumpulan etnik
• Jumlah[2] 2,461 km2 (950 bt2)
• Musim panas (DST) UTC+3 (Tidak diperhatikan)
Status Wilayah Tanzania dengan kuasa separa autonomi
Ibu kota Kota Zanzibar
• Revolusi 12 Januari 1964
Agama
• Per kapita $656
Bahagian memandu kiri
Kod panggilan +255
KDNK (nominal) Anggaran 2012 
• Jumlah $860 juta[4]
Internet TLD .tz
• Presiden Ali Mohamed Shein