Sejarah Zanzibar

Sebelum 1498

Kesultanan Zanzibar

Negeri naungan British

Perlindungan British tamat, berkerajaan sendiri dan penggabungan dengan Tanganyika

Presiden Abeid Karume

Pada 10 Disember 1963,[9] Perlindungan yang diberikan kepada Zanzibar sejak tahun 1890 telah ditamatkan oleh United Kingdom. United Kingdom tidak memberi kemerdekaan kepada Zanzibar, oleh kerana UK tidak pernah memiliki kedaulatan ke atas Zanzibar. Oleh itu, berdasarkan Akta Zanzibar 1963 di United Kingdom, UK menamatkan perlindungan dan membuat cadangan bagi pemerintahan sendiri sepenuhnya di Zanzibar sebagai sebuah negara merdeka di dalam Komonwel. Selepas Perlindungan dihapuskan, Zanzibar menjadi sebuah negara Raja Beperlembagaan di bawah Sultan.[10] Walaubagaimanapun, sebulan kemudian, pada 12 Januari 1964 Sultan Jamshid bin Abdullah telah digulingkan semasa Revolusi Zanzibar.[11] Sultan melarikan diri keluar negara, dan sistem Kesultanan digantikan dengan Republik Rakyat Zanzibar dan Pemba. Pada bulan April 1964, republik ini bergabung dengan tanah besar Tanganyika. Republik Bersatu Tanganyika dan Zanzibar kemudian ditubuhkan, dengan menggabungkan dua nama negara ini, menghasilkan Republik Bersatu Tanzania, di mana Zanzibar kekal menjadi wilayah separa-autonomi.