Zombie_Powder
Zombie_Powder

Zombie_Powder

Zombie Powder (ゾンビパウダー, Zonbi Paudā) merupakan manga tergantung serta karya pertama Tite Kubo, pelukis siri manga popular Bleach. Zombie Powder mula disirikan pada tahun 1999.Zombie Powder diterbitkan dengan singkat, iaitu sejumlah 27 buah bab (disatukan ke dalam 4 buah tankōbon bermula pada bulan Februari 2000) di dalam Weekly Shonen Jump sebelum sirinya dibatalkan. Menurut kulit muka tankōbon ketiga, penulisnya berada di dalam keadaan trauma emosional yang kritikal sebelum dia mula menulisnya, justeru mungkin telah mengakibatkan pembatalan siri tersebut. Ini mungkin juga akibat daripada kekurangan surat-surat peminat, yang digunakan pihak penerbit sebagai tolok populariti untuk penilaian dalam industri manga. Namun ironiknya, peminat-peminat Barat yang menyokong manga ini cukup ramai untuk membenarkan pengedaran di Amerika Utara. Zombie Powder telah dilesenkan oleh VIZ Media dan jilid pertamanya dikeluarkan di Amerika pada bulan September 2006, dan jilid terakhir pada bulan Jun 2007.