Ensiklopedia dalam talian | Malay Wiki
Keputusan tidak dijumpai
Laman_Utama
4_Mac
Peristiwa
Peristiwa 4_Mac
Raja Henry VI
Nebula Belantik
51
-
Nero
, bakal
Maharaja Rom
, disembahkan gelaran
princeps iuventutis
(ketua pemuda).
1386
-
Władysław II Jagiełło
(Jogaila) dimahkotakan sebagai
Raja Poland
.
1461
-
Perang Bunga Ros
di
England
:
Raja Henry VI
(gambar) daripada
Rumah Lancaster
digulingkan oleh saudara sepupunya daripada
Rumah York
yang kemudian menjadi
Raja Edward IV
.
1665
-
Perang Belanda-England Kedua
bermula.
1681
- Raja
Charles II dari England
memberikan
William Penn
piagam untuk
Koloni Pennsylvania
.
1769
-
Charles Messier
menemui
Nebula Belantik
(gambar), mengkatalogkannya sebagai Messier 42 dalam senarai
objek Messiernya
.
1797
-
John Adams
mula menjadi
Presiden Amerika Syarikat
ke-2.
1801
-
Presiden Amerika Syarikat
ke-3,
Thomas Jefferson
mula menjadi presiden Amerika Syarikat.
1809
-
James Madison
mengangkat sumpah menjadi
Presiden Amerika Syarikat
ke-4 di
Washington, D.C.
1825
- Walaupun kalah dalam kedua-dua pengundian
Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat
dan
pilihan raya presiden
pada 1824,
John Quincy Adams
dilantik dalam upacara khas sebagai
Presiden Amerika Syarikat
yang ke-6.
1877
-
Pementasan balet
Lebedinoye ozero
gubahan
Pyotr Ilyich Tchaikovsky
membuat persembahan perdananya di
Teater Bolshoi
di
Moscow
.
1877
-
Emile Berliner
mencipta
mikrofon
.
1882
-
Tram elektrik
pertama di
Britain
beroperasi di
London Timur
.
1894
- Sebuah kebakaran besar di kota
Shanghai
membinasakan lebih seribu buah bangunan.
1904
-
Perang Rusia-Jepun
: Tentera Rusia di
Korea
berundur ke arah
Manchuria
diikuti 100,000 tentera Jepun.
1911
-
Victor Berger
dari negeri
Wisconsin
menjadi ahli kongres
sosialis
pertama di Amerika Syarikat.
1917
-
Jeannette Rankin
dari negeri
Montana
menjadi wanita pertama yang menganggotai
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
.
1917
- Pelepasan
takhta
oleh
Grand Duke Michael Alexandrovich dari Rusia
diumumkan, sementara Tsar
Nicholas II
dari
Rusia
mengeluarkan
manifesto
turun takhtanya
.
Revolusi Februari
dijayakan.
1918
- Kes pertama
selesema Sepanyol
dikesan di
Fort Riley
,
Kansas
, menjadi permulaan wabak dahsyat yang merebak ke seluruh dunia.
1925
-
Calvin Coolidge
menjadi
Presiden Amerika Syarikat
pertama yang disiarkan upacara perlantikannya melalui corong radio.
1929
-
Charles Curtis
menjadi
Naib Presiden Amerika Syarikat
berketurunan
pribumi Amerika
yang pertama.
1931
-
Wizurai
British di India,
Gabenor-Jeneral
Edward Frederick Lindley Wood
dan
Mohandas Gandhi
(
Mahatma Gandhi
) bertemu untuk memeterai perjanjian yang menjangka pembebasan tahanan politik serta penggunaan garam secara bebas oleh golongan fakir miskin.
1980
-
Robert Mugabe
daripada parti
Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe
dipilih sebagai
ketua kerajaan Zimbabwe
yang pertama.
2006
- Cubaan terakhir menghubungi
Pioneer 10
oleh
Deep Space Network
gagal menerima maklumbalas.
2009
-
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
mengeluarkan waran tangkap untuk
Presiden Sudan
Omar al-Bashir
atas tuduhan
jenayah perang
dan
jenayah terhadap kemanusiaan
dalam
Konflik Darfur
.
2012
-
Vladimir Putin
terpilih sebagai
Presiden Rusia
untuk penggal ketiganya.
Menu
4_Mac
Peristiwa
Kematian
Kelahiran
Berkaitan
4 Mac
4 Madu
Rujukan
WikiPedia: 4_Mac
×