Pengguna AIM-120_AMRAAM

- Tentera Udara Diraja Australia
  • F/A-18 Hornet (dipasang semasa program tingkat upaya pesawat Hornet)
- Komponen Udara Belgium - Tentera Udara Diraja Bahrain - Arahan Udara Angkatan Tentera Kanada - Tentera Udara Chile - Tentera Udara Republik Czech[1] Tentera Udara Denmark - Tentera Udara Finland - Tentera Udara Jerman - Tentera Udara Greece - Tentera Udara Hungary - Tentera Udara Israel Itali - Tentera Udara Diraja Jordan - Tentera Udara Republik Korea - Tentera Udara Diraja Malaysia (120-C5) - Tentera Udara Diraja Belanda - Tentera Udara Diraja Norway - Tentera Udara Diraja Oman - Tentera Udara Pakistan - Tentera Udara Poland - Tentera Udara Portugal - Tentera Udara Republik Taiwan - Tentera Udara Republik Singapura - Tentera Udara Switzerland Sepanyol - Tentera Udara Swedeen - Tentera Udara Diraja Thailand - Tentera Udara Turki - Tentera Udara Diraja British Amerika Syarikat

Pada awal tahun 2006, Tentera Udara Pakistan memesan 500 peluru berpandu AIM-120C-5 AMRAAM bernilai AS$ 650 juta sebagai sebahagian dari perjanjian perolehan pesawat F-16 untuk dilengkapkan pada pesawat F-16C/D Blok 52+ dan F-16A/B MLU.

Pada 2005 Tentera Udara Chile telah menerima peluru berpandu AIM-120 AMRAAM daripada Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Rancangan Keamanan Puma yang mana Tentera Udara Chile juga menerima 10 buah pesawat F-16D. Pada tahun 2006, Tentera Udara Poland telah menerima pesawat baru F-16 Blok52+ bersama-sama peluru berpandu AIM-120C-5.

Pada tahun 2007, kerajaan A.S telah bersetuju untuk menjual 218 peluru berpandu AIM-120C-7 kepada Taiwan sebagai sebahagian dari pakej penjualan senjata besar-besaran. Pakej ini juga termasuk 235 peluru berpandu AGM-65G-2 Maverick. Jumlah pakej ini termasuk pelancar, penyelenggaraan, alat ganti, sokongan dan latihan dianggarkan bernilai AS$ 421 juta. Ia akan menyokong pembelian 120 peluru berpandu AIM-120C-5 dari Taiwan beberapa tahun sebelumnya.