Penerbitan Abang_Long_Fadil

Abang Long Fadil 2 merupakan arahan kedua Syafiq selepas SAM: Saya Amat Mencintaimu yang ditayangkan pada 2012. Beliau mendakwa penyampaiannya lebih kepada gaya Hollywood yang disuntik ke dalam filem ini. Filem ini menggunakan hampir 40 peratus visual CGI dengan elemen Bumblebee (Transformers)[3] dan Iron Man serta berdasarkan inspirasi menerusi filem-filem seperti Bad Boys, Kung Fu Hustle dan Padayappa.[4]

Zizan Razak yang sebelum ini membintangi dua siri filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil. Syamsul memegang tiga watak dari tiga filem arahannya—Zack (Evolusi KL Drift), Mus (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Shark (KL Gangster). Aaron Aziz yang sebelum ini muncul dalam beberapa filem terbitan Skop Productions, membuat penampilan istimewa dalam filem ini dengan menjayakan kembali watak Malek lakonannya dalam KL Gangster.[5]

Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF),[6] malah filem ini turut menerima potongan sebanyak 9 kali.[7]

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://beautifulnara.com/filem-abang-long-fadil-ku... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.gempak.com/artikel/10185/abang-long-fad... http://www.gempak.com/artikel/6317/mungkin-akan-ad... http://www.imdb.com/title/tt3954196/ http://says.com/my/seismik/siap-ada-bumblebee-dala... http://www.tabloidseni.com/#!Filem-%E2%80%98Abang-... http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Nafasl...