Kerjaya Aiman_Hakim_Ridza

2001–2005: Kerjaya bola sepak

Sebelum menyertai bidang seni, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.

Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo.[perlu rujukan] Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.[perlu rujukan]

2011–kini: Kerjaya muzik dan lakonan

Aiman ​​mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 yang dianjurkan oleh TV3 untuk musim kelima pada tahun 2011 dan beliau dibimbing oleh Rahim Maarof, penyanyi dan pemuzik terkenal di Malaysia. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir.

Aiman menghasilkan nyanyian solo Buatmu Cinta OST untuk drama Astro Ria Projek Memikat Suami dan lagu duet Khalimah Janji bersama Ernie Zakri, ditulis oleh Manusia Putih dan Budhi Hekayat.

Persembahan Mentor

Aiman bersama Rahim Maarof di pentas Mentor 5.
MingguLagu yang dipersembahkanPenyanyi asalKeputusan #
Pengenalan"Kau dan Aku"Aizat Amdan-
1"Kesedaran"
"Lizawati" (bersama Rahim Maarof)
Gaya Zakry
Rahim Maarof
4
2"Ekstravaganza"
"Larut"
"ACKKC"
"Holy Diver"
"Malam Ku Bermimpi" (bersama Ratnah)
"Mercy" (bersama Ratnah)
"Aku dan Dirimu" (bersama Shiha)
Bunkface
Dewa 19
Rahim Maarof
Killswitch Engage
Saloma
Duffy
Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari
5
3"Noktah Cinta"
"Kau Ratnaku" (bersama Roy)
Hafiz Suip
Roy
5
4"I'll Be"
"Sesuatu Janji"
Edwin McCain
Taufik Batisah
Tersingkir

Drama pertama Aiman, Vanila Coklat, yang disiarkan di TV3 pada tahun 2011, membawa dia kembali ke pengetahuan umum, selepas drama tersebut tamat, Aiman berlakon dalam beberapa siri televisyen dan telefilem.

Pada 2012, Aiman menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama drama Friday I'm In Love arahan Faizul A. Rashid bersama-sama dengan Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Nelydia Senrose dan Bella Dally. Aiman memegang watak sebagai Pitt, salah seorang rakan karib Awang yang dilakonkan oleh Qi. Drama 13 episod ini disiarkan di TV9 dari 19 April hingga 18 Julai.[2][3]

Pada tahun berikutnya, Aiman memegang watak Fareez dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Beliau berlakon bersama Fasha Sandha dalam siri drama romantik, Selamat Pengantin Madu, memegang watak Zulkifli. Drama ini disiarkan di Slot Lestary TV3.[4][5] Seterusnya, beliau digandingkan bersama Emma Maembong menerusi drama Projek Memikat Suami dan diikuti oleh Isteri Separuh Masa.

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Beto Kusyairy dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Aditya. Beliau turut merakamkan runut bunyi telefilem itu bersama Tya dengan tajuk sama.[6]

Beliau muncul dengan peranan utama sebagai Fadhlan dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Scha Al-Yahya.[7][8] Aiman Hakim membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan sulung Michael Ang yang kembali menggandingkan beliau bersama Emma Maembong. Aiman memegang watak sebagai Daniel Lee Jae Hwan, yang berdarah kacukan Melayu dan Korea. Turut membintangi filem ini ialah Janna Nick dan Natasha Elyzza.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Aiman_Hakim_Ridza http://www.budiey.com/drama-bersiri-autumn-di-hati... http://www.budiey.com/drama-bersiri-friday-im-in-l... http://www.budiey.com/sinopsis-drama-selamat-penga... http://www.gempak.com/artikel/1271/aiman-hakim-bet... http://www.imdb.com/name/nm9101168/ http://www.astrogempak.com.my/artikel/3562/urusan-... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penanga... http://www.bharian.com.my/node/107030?m=1 http://www.bharian.com.my/node/157076?m=1 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=01...