Amir_Hamzah
Amir_Hamzah

Amir_Hamzah

Tengku Amir Hamzah Pangeran Indera Putera (Tulisan Jawi: تڠكو أمير حمزه ڤڠيرن ايندرا ڤوترا; 28 Februari 1911 – 20 Mac 1946)[nota 1], lebih dikenali sebagai Amir Hamzah, ialah seorang pemuisi dan juga seorang Pahlawan Kebangsaan Indonesia. Beliau dilahirkan di Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Timur. Anak kelahiran sebuah keluarga bangsawan Kesultanan Langkat di Sumatera Utara, beliau mendapat pendidikan di Sumatera dan Pulau Jawa. Amir terlibat dengan pergerakan nasionalis Indonesia semasa beliau belajar di sekolah menengah atas di Surakarta sekitar tahun 1930-an. Beliau jatuh cinta dengan rakan sekolah berbangsa Jawa, Ilik Sundari. Kedua-dua rakan ini kekal rapat mahupun selepas Amir menamatkan pendidikannya di sekolah perundangan di Betawi (sekarang Jakarta). Mereka hanya berpisah dalam tahun 1937 apabila Amir dipanggil pulang ke Sumatera untuk mengahwini puteri Sultan dan menggalas tugas dan tanggungjawab di istana – Amir tetap menjalankan tugasnya mahupun tidak berasa gembira dengan perkahwinannya. Beliau bertugas sebagai wakil pemerintah di Langkat selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1945. Beliau terbunuh dalam tahun berikutnya semasa sebuah revolusi sosial yang diketuai Parti Komunis Indonesia dan disemadikan di dalam kubur ramai.Amir mula menulis puisi pada usia belasan tahun: mahupun karya-karyanya tidak bertarikh, dipercayai karyanya yang paling awal ditulis semasa beliau mula-mula berkunjung ke pulau Jawa. Dengan berbekalkan pengaruh kebudayaan Melayu dan Islamnya, dan juga pengaruh Kristian dan kesusasteraan Timur, Amir menghasilkan 50 buah puisi, 18 buah prosa lirik, dan pelbagai karya lain, termasuk beberapa buah terjemahan. Dalam tahun 1932, beliau menjadi pengasas bersama majalah sastera Poedjangga Baroe. Beliau berhenti berkarya selepas pulang ke Sumatera. Kebanyakan puisinya diterbitkan dalam dua himpunan, Nyanyi Sunyi (1937) dan Buah Rindu (1941), mula-mula dalam majalah Poedjangga Baroe dan kemudiannya sebagai buku berasingan.Puisi-puisi yang dikaryakan Amir berkaitan dengan tema-tema kasih dan agama, dan puisinya sering membayangkan konflik dalaman yang amat sangat. Diksinya, dengan penggunaan perkataan bahasa-bahasa Melayu dan Jawa di samping pengembangan struktur-struktur tradisional, dipengaruhi keperluan untuk memuatkan irama dan matra, dan juga simbolisme yang terkait dengan perkataan-perkataan tertentu. Karya-karya awalnya berkaitan dengan perasaan rindu dan juga cinta unggul dan erotik, sementara karya terkemudian memiliki maksud agama yang lebih mendalam. Antara dua himpunan karyanya, Nyanyi Sunyi dianggap sebagai lebih terbina. Amir diberi gelaran "Raja Pemuisi era Poedjangga Baroe" dan beliau satu-satunya pemuisi Indonesia bertaraf antarabangsa sebelum Revolusi Kemerdekaan Indonesia.[1]

Amir_Hamzah

Bahasa Indonesia/Melayu
Pekerjaan Penyair
Kubur Masjid Azizi, Tanjung Pura, Langkat, Indonesia
Etnik Melayu
Pasangan Tengku Puteri Kamiliah
Anak Tengku Tahura
Kematian 20 Mac 1946(1946-03-20) (umur 35)
Pencapaian ketara
Info kelahiran Tengku Amir Hamzah
(1911-02-28)28 Februari 1911
Tanjung Pura, Langkat, Hindia Timur Belanda
Subjek Cinta, agama
Warganegara Indonesia
Genre Puisi

Rujukan

WikiPedia: Amir_Hamzah http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.tempo.co/read/news/2010/06/28/161259138... http://books.google.com/?id=NbY3AAAAIAAJ http://books.google.com/?id=WV2YT6OuTmsC http://books.google.com/?id=YVSjHAAACAAJ&dq= http://books.google.com/?id=xXjiAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=4DHFijnwBk4C&pg=P... http://books.google.com/books?id=CWJMbS4NwhwC http://books.google.com/books?id=M6zs7VN9PnEC&pg=P...