Kerjaya Amyra_Rosli

Amyra memulakan kerjaya awalnya di TV Pendidikan (yang kini tidak beroperasi lagi) milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2009 di mana beliau muncul dalam rancangan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Kata Hampir Sama Makna bersama Amirul Hakim Lokman (kini berkhidmat sebagai penyampai berita TV3) dan Ahmad Fitri Nordin.[1]

Amyra bergiat aktif dalam seni lakonan pada 2011 selepas 2 tahun selepas menyambung pelajarannya di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Lakonan pertamanya di layar kaca ialah menerusi drama Supermak yang dibintangi oleh Nasha Aziz, Azhan Rani dan Zul Yahya. Pada 2tahun013, beliau diberikan watak pembantu dalam siri drama Warkah Cinta yang diadaptasi daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga dan bersiaran di TV AlHijrah. Drama arahan Mior Hashim Manap ini dibintangi oleh Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Jadual lakonannya padat sepanjang 2014, drama pertamanya pada tahun itu ialah Kalimah Jiwa yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Azalea, drama 20 episod arahan Mohd Fadli ini turut dibintangi oleh Nazim Othman, Bella Dally, Amar Baharin dan Raja Ilya. Drama inilah yang menyaksikan gandingan pertama Amyra bersama Amar.

Amyra kemudiannya diberikan watak utama sebagai Maya dalam siri drama Kristal Maya bersama Shahz Jaszle dan bersiaran di TV3, drama yang turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar ini mengisahkan seorang wanita bernama Maya bekerja di sebuah syarikat iaitu Syarikat Kristal, di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shahz Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif. Seterusnya, beliau menyertai barisan pelakon utama siri televisyen pendidikan Oh My English! bagi musim ketiga terbitan Red Communications dan bersiaran di Astro TVIQ, Amyra memegang watak sebagai Puteri. Beliau berlakon bersama Nazim Othman dan Emma Maembong dalam siri Astana Cinta Aleesa yang bersiaran di TV9 dan seterusnya bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Suamiku Encik Sotong di Astro Ria. Amyra kemudiannya menjadi tetamu jemputan untuk kumpulan Virus di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi siri drama Bidadari yang bersiaran di Slot Lestary TV3, ia turut dibintangi oleh Nonny Nadirah dan Shahz Jaszle. Amyra kemudiannya terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama yang diterbitkan pada 1938, karya sasterawan Indonesia, Hamka. Teater yang dipentaskan di Istana Budaya ini turut dibintangi oleh Amar Baharin dan Saharul Ridzwan, setelah itu, beliau bersama Amar, Emma Maembong dan Hafreez Adam membintangi drama waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama.

Pada tahun 2016, Amyra membintangi drama keagamaan Sayap Jibril lakonan Zahiril Adzim yang bersiaran di Astro Oasis, beliau memegang watak sebagai Salbiah dalam episod ke-10 drama ini, "Susu". Selepas menjayakan Sayap Jibril, Amyra bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Redza Rosli dalam satu lagi drama adaptasi novel, Seindah Takdir Cinta di Slot Akasia TV3, beliau melakonkan watak sebagai Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Ustaz Shariman (lakonan Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Beliau kemudiannya memegang watak Seroja Irdina dalam drama Isteri Tuan Ihsan bersama Aaron Aziz yang bersiaran di Astro Ria.

Pada tahun 2017, Amyra menjadi pengacara terbaharu bagi program Muzik Muzik yang ke-32. Beliau mengacara bersama Hefny Sahad dan Zooey.

Rujukan

WikiPedia: Amyra_Rosli http://www.astroawani.com/berita-hiburan/astro-umu... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/senarai-p... http://www.budiey.com/drama-ibu-mummy-mama-lakonan... http://www.budiey.com/telemovie-30-hari-cinta-temu... http://www.gempak.com/artikel/4052/astro-anjur-mal... http://www.gempak.com/artikel/4129/senarai-penuh-c... http://www.gempak.com/artikel/8630/senarai-penuh-c... //scholar.google.com/scholar?q=%22Amyra+Rosli%22 //www.google.com/search?&q=%22Amyra+Rosli%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Amyra...