Anti-Counterfeiting_Trade_Agreement
Anti-Counterfeiting_Trade_Agreement

Anti-Counterfeiting_Trade_Agreement

     Penandatangan juga diliputi tandatangan EU
     Bukan penandatangan tetap diliputi tandatangan EU
Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) (Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan) adalah suatu perjanjian plurilateral dengan tujuan menetapkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap hak cipta harta intelek.[1] Perjanjian ini bakal mencipta kerangka undang-undang antarabangsa bagi negara-negara yang bergabung secara sukarela,[2] dan akan mencipta pertubuhan baharu di luar lembaga sedia ada seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu[1][3]. Perjanjian ini ditandatangani pada 1 Oktober 2011 oleh Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Maghribi, New Zealand dan Singapura. Pada Januari 2012, Kesatuan Eropah dan 22 anggotanya turut menurunkan tandatangan, membawa jumlah entiti yang menyertai kepada 31. Selepas diratifikasi oleh 6 negara, persetujuan ini akan berkuatkuasa.Negara-negara yang ikut berunding menggambarkan perjanjian ini sebagai tindak balas terhadap "meningkatnya perdagangan sejagat barang-barang lancung dan cetak rompak karya yang dilindungi hak cipta."[2] Ia didokong pertubuhan berasaskan harta intelektual seperti MPAA dan PhRMA. Ruang lingkup ACTA termasuk barangan palsu, ubat generik dan pelanggaran hak cipta di Internet.[4]Kelompok seperti Electronic Frontier Foundation (EFF) dan ECA menentang ACTA,[5] menyatakan bahawa pertubuhan bukan kerajaan, negara membangun dan orang awam tidak diajak menyertai perbincangan dan perundingan ACTA, dan melabelnya "pelaburan dasar haram".[5][6] Médecins Sans Frontières turut mengkritik kerana ia menahan capaian kepada ubatan di negara membangun.[7]Tandatangan EU dan kebanyakan anggotanya menyebabkan perletakan jawatan pelapor yang dilantik Parlimen Eropah, serta bantahan meluas di Poland.[8][9][10] Pada 4 Julai 2012, Parlimen Eropah menolak perjanjian ini dalam satu sidang pleno, dengan 478 mengundi tidak, 39 bersetuju dan 165 MEP berkecuali.[11]

Anti-Counterfeiting_Trade_Agreement

Pihak Pihak yang berunding:
Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Mexico, Maghribi, New Zealand, Republik Korea, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat
Penandatangan A.S., Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota, Australia, Kanada, Jepun, Maghribi, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan
Pemegang simpanan Kerajaan Jepun
Dirangka Perundingan rasmi bermula Jun 2008
(Disahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol pada 15 April 2011)
Laman sesawang http://www.international.gc.ca/trade-agreements-accords-commerciaux/fo/intellect_property.aspx?view=d
Syarat Disahkan enam negara
Berkuat kuasa Belum lagi
Ditandatangani 1 Oktober 2011 di Tokyo
Jenis Perjanjian plurilateral

Rujukan

WikiPedia: Anti-Counterfeiting_Trade_Agreement http://www.dfat.gov.au/trade/acta/ http://www.international.gc.ca/trade-agreements-ac... http://www.international.gc.ca/trade-agreements-ac... http://www.michaelgeist.ca/content/view/3013/135/ http://www.michaelgeist.ca/tags/anti-counterfeitin... http://www.canada.com/vancouversun/story.html?id=a... http://news.cnet.com/8301-13578_3-57466330-38/acta... http://www.techdirt.com/articles/20120126/11014317... http://ec.europa.eu/trade/creating-opportunities/t... http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2008/october...