Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-12

  • AJL edisi kali ini merupakan pertama kali Kategori Irama Malaysia memenangi Juara Lagu, dan sekali lagi M.Nasir menjadi perintis dengan menjuarainya dengan Lagu "Ghazal Untuk Rabiah" berduet dengan Jamal Abdillah.
  • Edisi ini merupakan pertama kali gandingan duet memenangi Juara Lagu.
  • Edisi AJL kali ini pertama kali diacarakan sepenuhnya dalam Bahasa Baku apabila Kementerian Penerangan pada ketika itu menekankan penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam media arus perdana.
  • Edisi ini juga menggunakan tema "High Tech Stage" yang menyahut seruan kerajaan terhadap projek Korridor Raya Multimedia MSC
  • Set pentas untuk kali ini amat menarik iaitu mempunyai tangga ke atas yang bukan setakat hiasan tetapi boleh digunakan penyanyi untuk 'turun naik' ke pentas.
  • Hanya 2 Kumpulan/Band yang layak ke peringkat akhir AJL kali ini, iaitu 2 Kumpulan Rock Gergasi Malaysia, Kumpulan Search yang bertanding dalam kategori Balada & Kumpulan Wings dalam kategori Pop Rock.Gergasi Rock ini membuat persembahan di satu pentas yang sama selepas 8 tahun yang lalu.
  • Awie, bekas vokalis Kumpulan Wings, turut berentap dalam AJL kali ini, berduet dengan Ziana Zain dalam kategori Balada.
  • Edisi ini juga penampilan pertama Loloq menggunakan nama pena 'LOLOQ" dalam AJL.
  • AJL kali ini merupakan penampilan pertama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berentap dalam kategori Irama Malaysia.
  • Helen Yap memenangi kategori Pop Rock 2 kali berturut-turut, selepas Kumpulan Kool pada tahun sebelumnya dengan lagu "Bebas".
  • Siti Nurhaliza mencipta sejarah AJL sebagai artis pertama dengan memenangi Persembahan Terbaik 2 tahun berturut-turut.
  • Ruhil Amani telah muncul sebagai persembahan selingan.
  • Kumpulan Wings dan Search bertanding buat kali kedua di dalam Anugerah Juara Lagu 1997. Kali pertama mereka bertanding di pentas AJL adalah pada tahun 1989 dimana lagu 'berhantu' dendangan kumpulan Search iaitu Isabella telah menjadi juara pada tahun tersebut. Setelah 8 tahun, mereka bertanding sekali lagi di pentas AJL kali ini dengan kategori yang berbeza. Kumpulan Wings membawakan lagu 'Biru Mata Hitamku' dalam kategori Pop Rock manakala kumpulan Search membawakan lagu 'Seroja' dalam kategori Balada. Namun nasib tidak menyelebelahi kedua-dua kumpulan tersebut apabila gagal meraih sebarang anugerah di dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 1997 tersebut.
Penganjur: TV3
1980-an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990-an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000-an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010-an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
2020-an
Perhatian: Tahun merujuk kepada tahun kelayakan, bukan tahun acara diadakan.
1990an
1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
1980an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009 •
2010an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 •