Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-15

  • Muzik Tema AJL VOL III kedengaran pada edisi kali ini.
  • 2 bekas pemenang Juara Lagu iaitu Jamal Abdillah & Fauziah Latiff bergabung tenaga menyanyinya lagu-lagu klasik iaitu Gelora, Senandung Kasih & Anakku Sazali untuk segmen selingan sebelum keputusan diumumkan. Turut ditampilkan dalam persembahan tersebut ialah aktor Jalaluddin Hassan & Hani Mohsin.
  • Kemenangan Juara Lagu kali ketiga buat Siti Nurhaliza selepas berjaya pada 1996 dan 1998. Ini menjadikan beliau dan M. Nasir sebagai pemegang rekod sebagai penyanyi untuk pemenang Juara Lagu terbanyak iaitu sebanyak tiga kali (M. Nasir pernah memenang gelaran Juara Lagu pada tahun 1994, 1997 dan 1999).
  • Amy Mastura merupakan penyanyi wanita yang pertama memenangi kategori pop rock setelah pernah tewas sebelum ini menerusi kategori yang sama menerusi lagu Meniti Hari. Pada tahun 1995, Ning Baizura sepatutnya bertanding untuk lagu beliau, "Kau dan Aku" tetapi telah digantikan oleh kumpulan KOOL yang akhirnya menang.
  • Kemenangan Persembahan Terbaik kali ketiga buat Noraniza Idris selepas berjaya pada 1998 (Dikir Puteri) & 1999 (Dondang Dendang). Ini menjadikan beliau artis pertama dalam sejarah AJL yang berjaya mencipta 'hatrik' iaitu menang di dalam kategori Persembahan Terbaik 3 tahun berturut-turut.
  • Kemenangan Siti Nurhaliza menerusi lagu Balqis juga meletakkan beliau sebagai pencipta 'hatrick' untuk kemenangan dalam kategori yang sama (Irama Malaysia/Etnik Kreatif) untuk tiga tahun berturut-turut. Bezanya kemenangan beliau pada AJL 99 (kemenangan berdua) adalah menerusi duet lagu Hati Kama bersama Noraniza Idris namun masih dikira sebagai 'hatrik'.
  • Komposer Pak Ngah dan penulis lirik Hairul Anuar Harun berjaya mencipta 'hatrik' menerusi Etnik Kreatif sejak Juara Lagu 1998.
  • Anugerah Juara Lagu 2000 juga menyaksikan buat pertama kalinya 3 orang artis layak ke pentas akhir dengan 2 buah lagu dalam satu kategori iaitu :
    • Siti Nurhaliza - Kategori Balada - ("Kau Kekasihku" & "Nian di Hati")
    • Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - ("Tinting" & "Ngajat Tampi")
    • Amy Mastura - Kategori Pop Rock - ("Bintang Hati & Sha Na Na")
  • Pak Ngah atau nama sebenar beliau Suhaimi Md.Zain muncul sebagai komposer dan penulis lirik Hairul Anuar Harun merupakan gandingan pertama yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu selama tiga tahun berturut-turut menerusi lebih dari sebuah lagu ciptaan mereka berdua.
  • Tiada kumpulan muzik (band), ini merupakan kali ketiga berturutan sejak Juara Lagu 1998.
  • Kumpulan Senario merupakan satu-satunya kumpulan pelawak Malaysia yang pernah layak menyertai pertandingan akhir Juara Lagu, pada edisi kali ini & kali ke-2 pada AJL 21 2006.
  • Komposer terkenal, Ajai merangkul anugerah pertama beliau sebagai komposer lagu melalui lagu "Kau Kekasihku" oleh Siti Nurhaliza.
  • Juri profesional yang mengadili pertandingan ini ialah penulis novel Khadijah Hashim, penyanyi dan komposer M. Nasir, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Johan Nawawi, pemuzik dan penulis lagu puisi Zubir Ali, pemuzik Freddie Fernandes dan ketua juri , pemuzik Johari Salleh. Juruaudit oleh MRCB pula ialah Puan Zuraidah Atan.
Penganjur: TV3
1980-an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990-an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000-an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010-an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
2020-an
Perhatian: Tahun merujuk kepada tahun kelayakan, bukan tahun acara diadakan.
1990an
1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009
2010an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 • 2017 • 2018 • 2019
1980an
1986 • 1987 • 1988 • 1989 •
1990an
1990 • 1991 • 1992 • 1993 • 1994 • 1995 • 1996 • 1997 • 1998 • 1999
2000an
2000 • 2001 • 2002 • 2003 • 2004 • 2005 • 2006 • 2007 • 2008 • 2009 •
2010an
2010 • 2011 • 2012 • 2013 • 2014 • 2015 • 2016 •