Operasi Askar_payung_terjun

Ops Colossus

Operasi pada 10 Februari 1941 adalah operasi serangan pertama melibatkan 38 askar payung terjun British apabila “X” Trup dari No.2 Komando membuat penerjunan untuk menyerang dan memusnahkan akueduk di Tragano, Itali.

Mereka berjaya memusnahkan tembok sambut jejambat Tragino. Mereka sepatutnya menyusup keluar ke pantai untuk diselamatkan oleh kapal selam HMS Triumph, tetapi tertangkap dalam usaha menyusup ke pantai. Kejayaan operasi ini mencetuskan penubuhan Rejimen Payung Terjun British.

Serangan Bruneval

2 Para Selepas Ops Serangan Bruneval

Serangan ini dibuat [ (2 Para) di bawah pimpinan Mejar John Frost ke atas kemudahan radar Wuerzburg milik Jerman di Bruneval. Kelengkapan radar dibawa balik untuk penilaian pakar-pakar British supaya langkah balas dapat dicari. pasukan ini berundur melalui jalan laut dengan perlindungan pasukan dari No. 12 Komando.

Ops Torch, Afrika Utara

Operasi pertama melibatkan askar payung terjun Amerika Syarikat apabila 500 orang anggota Rejimen 509 Infantri Payung Terjun membuat penerjunan untuk menawan dua buah lapangan terbang. Mereka berlepas dari Britain dan terbang 1,500 batu ke sasaran. Pandu arah yang silap dan masalah komunikasi mengakibatkan kumpulan ini bertaburan dan gagal mencapai objektif operasi.

Ops Husky, Sicily

Empat operasi payung terjun dijalankan pada malam 9/10 Julai 1943 semasa Ops Husky melibatkan 2 pasukan British dan 2 pasukan Amerika. Pasukan Amerika dari Divisyen ke-82 Payung Terjun membuat penerjunan tempur mereka yang pertama. Angin kencang menyebabkan mereka digugurkan bertaburan dan lebih dari separuh gagal berkumpulan di tempat yang ditetapkan. Pasukan British yang menyerang dengan peluncur (glider) juga mendarat bertaburan dengan 12 daripada 144 buah peluncur sahaja yang mengenai sasaran. Walaupun demikian, mereka bertempur dengan cemerlang dan berjaya menggagalkan pergerakan Jerman ke pantai. Briged Pertama Pendaratan Udara berjaya menawan jambatan di Ponte Grande dan bertahan sehingga kemaraan tentera British daripada pantai.

Selepas operasi ini, pemerintah Tentera Berikat terpaksa mengkaji semula penggunaan askar payung terjun setelah ramai daripada anggota digugurkan buak di kawasan mendarat yang ditetapkan dan insiden tertembak oleh pasukan sendiri. Masalah ini diatasi dengan penyelarasan yang lebih baik dan latihan pengenalan yang lebih sempurna.

Ops Overlord: D-Day

mejar Jeneral Gale dan askar-askar dari Brigade ke-5 sebelum penerjunan D-Day

Peranan yang dimainkan oleh askar payung terjun untuk membantu Ops Overlord pada hari D-Day 6 June 1944 merupakan puncak kejayaan pasukan infantri payung terjun. Mereka ditugaskan untuk menawan dan seterusnya mempertahankan kedudukan strategik dan rusuk pantai-pantai yang digunakan untuk pendaratan tentera. Askar payung terjun British berjaya menawan perkubuan meriam di Melville membolehkan pasukan British mendarat dengan selamat. Divisyen Ke-82 dan Divisyen Ke-101 pula mempertahankan rusuk kanan kawasan pendaratan, walaupun mengalami kemalangan besar.

Selatan Perancis

Pada 15 Ogos 1944, askar payung terjun membuat penerjunan ke selatan Perancis untuk Ops Dragoon, penaklukan Perancis dari arah selatan. Mereka diberikan tugas menawan dan menghapuskan kedudukan musuh dan seterusnya mempertahankan kedudukan yang ditawan sehingga ketibaan Ketumbukan Ke-7 tentera Amerika (US 7th Army).

Ops Market-Garden

Askar Payung Terjun British di Oosterbeek Semasa Pertempuran Di Arnhem

Rancangan Operasi payung terjun yang hebat melibatkan 35,000 anggota Divisyen Pertama Payung Terjun British dan Divisyen Ke-82 dan Divisyen Ke-101 Amerika Syarikat bersama-sama Briged Bebas Payung Terjun Poland. Objektif operasi adalah untuk menawan dan mempertahankan jambatan-jambatan penting merentasi Sungai Maas, Sungai Waal dan Sungai Rhine di Belanda untuk membolehkan Tentera Berikat mengatasi rusuk kedudukan tentera Jerman untuk melancarkan serangan terus ke wilayah Jerman.

Rancangan dibuat secara tergesa-gesa dan mempunyai banyak kelemahan. Penerjunan pada waktu siang membolehkan pengguguran dibuat secara berpadu dan dengan tepat, dengan tentangan yang terhad daripada pasukan Jerman. Serangan balas Jerman akhirnya mengakibatkan Divisyen Pertama Payung Terjun British dimusnahkan dan jambatan yang merentasi Sungai Rhine di Arnhem dapat ditawan semula oleh tentera Jerman daripada Bn Ke-2 Rejimen Payung Terjun British di bawah pemerintahan Lt. Kolonel John Frost. Tanpa pengawalan jambatan di Arnhem, keseluruhan operasi ini tergagal.


Operation Varsity: Menyeberangi Sungai Rhine

Ops Varsity juga satu penerjunan siang hari yang dilancarkan menggunakan Divisyen Ke-6 Payung Terjun British dan Divisyen Ke-17 Payung Terjun Amerika untuk membantu ketumbukan ke-21 British (British 21st Army Group). Tentera digugurkan beberapa ribu meter daripada barisan hadapan membolehkan pasukan darat mara untuk menguasai kawasan yang ditawan oleh askar payung terjun. Penentangan yang diberikan oleh tentera Jerman tidak kuat tetapi pasukan askar payung terjun menghadapi kadar kemalangan yang tinggi. Sejarawan Max Hastings memanggil operasi ini sebagai tidak perlu.

New Guinea

Pada musim gugur tahun 1943, Rejimen 503 Infantri Payung Terjun membuat penerjunan di lembah Markham untuk membantu penaklukan New Guinea. Operasi ini merupakan penerjunan kombat yang pertama di Medan Operasi Pasifik. Dalam bulan Julai 1944, Rejimen ini membuat penerjunan untuk menawan Pulau Noemfoor.

Burma

Semasa Ops Dracula, satu batalion askar payung terjun membuat penerjunan untuk menawan perkubuan pantai tentera Jepun untuk membolehkan serangan laut dibuat untuk menawan Rangoon.

Perang Korea

Pasukan tempur Rejimen ke-187 ("Rakkasans") membuat 2 penerjunan kombat semasa Perang Korea. Penerjunan dibuat apda 20 Oktober 1950 di Sunchon dan Sukchon, Korea Utara, untuk menawan dan memotong jalan arah utara ke negeri China untuk menyekat pemimpin Korea Utara melarikan diri daripada Pyongyang dan untuk menyelamatkan tawanan perang Amerika.

Penerjunan kedua dibuat pada Easter Sunday, 1951 di Munsan-ni, Korea Selatan di bawah garisan pertahanan tentera China untuk menyekat pergerakan mereka di arah utara.

Ops Musketeer Krisis Suez

Fail:Gamil.gifSerangan oleh 3 Para ke atas lapangan terbang Gamil

Britain dan Perancis melancarkan Ops Musketeer semasa Krisis Suez untuk membolehkan pihak mereka menjamin penggunaan Terus Suez terbuka tanpa ada pengehadan oleh Mesir. Pasukan British berjumlah 660 orang anggota payung terjun dan perlu mencapai kejutan menyeluruh dan mesti sedia untuk bertempur dalam masa 4.5 minit di sekitar lapangan terbang El Gamil.

Batalion ke-3 Rejimen Payung Terjun (3 Para) dipilih untuk menjalankan operasi ini. Pada jam 04.15 pagi 5 November 1956, 3 Para membuat penerjunan di lapangan terbang tersebut. Mereka menerima tentangan hebat daripada tentera Mesir tetapi mengalami jumlah kemalangan jiwa yang ringan. Penerjunan ini adalah untuk persediaan serangan menggunakan helikopter oleh pasukan 45 Komando Marin Diraja yang mendarat di Pelabuhan Said daripada kapal pengangkut askar di laut.

Askar payung terjun pimpinan Ariel Sharon mendarat di segenting Mitla untuk menyekat dan bertempur dengan askar Mesir. Operasi ini merupakan operasi tunggal oleh pasukan payung terjun Israel sehingga ke hari ini.

Perang Indo-Pakistani 1965 (Perang Kashmir Ke-2)

askar payung terjun digunakan buat pertama kali dalam perang di Asia Selatan semasa Perang Kashmir Kedua tahun 1965. Tentera Pakistan melancarkan operasi sulit untuk menyusup lapangan terbang India untuk menjalankan aktiviti sabotaj. Pasukan Gerup Gerak Khas (SSG) Pakistan berjumlah 200 orang anggota membuat penerjunan di wilayah India (India mendakwa jumlah yang lebih tinggi sekitar 800 hingga 900 orang). Oleh kerana sasaran di India (Halwara, Pathankot and Adampur) jauh di dalam wilayah India, kurang daripada 12 orang berjaya kembali ke wilayah Pakistan. 136 ditangkap oleh Tentera India dan 22 orang terbunuh. Pemimpin operasi Mejar Khalid Gulrez Butt yang membuat serangan ke atas Pathankot juga tertangkap.

Perang Indo-Pakistani 1971

Dalam peperangan tahun 1971 (juga dikenali sebagai Peperangan Kemerdekaan Bangladesh), askar payung terjun India menjalankan banyak operasi tempur di bahagian barat dan di bahagian timur. Pada 11 Disember 1971, Tentera India menggugurkan Bn ke-2 Rejimen Payung Terjun India (2 Para India) untuk menawan jambatan Poongli merentasi sungai Jamuna untuk menyekat pengunduran pasukan Briged ke-93 Tentera Pakistan daripada Dacca. Pasukan 2 Para India itu juga perlu bertahan sehingga ketibaan pasukan Infantri Ringan Maratha untuk membolehkan pasukan itu mara menuju Dhaka.

Pasukan parakomando juga menjalankan serangan kilat ke atas kawasan Chachro (Sindh, Pakistan) dan Mandhol (Jammu and Kashmir). Askar payung terjun juga bertanggungjawab membantu mempertahankan Poonch daripada ditawan oleh Divisyen ke-23 Pakistan.

Perang Vietnam

Fail:Guthrie32.jpgAskar Payung Terjun Semasa Ops Junction City

Penggunaan helikopter untuk mengangkut dan menggerakkan pengerahan tentera sepanjang Perang Vietnam mengurangkan peluang menggunakan pengerahan dengan payung terjun oleh pasukan-pasukan Tentera Amerika dan Vietnam Selatan. Sebaliknya, askar payung terjun digunakan untuk menjalankan operasi ketenteraan seperti mana askar-askar biasa.

Dalam bulan Februari 1967, pasukan Tentera Amerika Syarikat melancarkan Ops Junction City sebagai satu-satunya serangan melibatkan penerjunan kombat oleh formasi besar askar payung terjun sepanjang Perang Vietnam. Semasa operasi ini, 845 orang askar dari Batalion Kedua Rejimen 503 Infantri Payung Terjun (2/503 PIR) dan Rejimen 319 Artileri berserta markas 173 Briged Payung Terjun membuat penerjunan kombat.

Operation Cactus

Dalam bulan November 1988, sekumpulan pejuang People's Liberation Organization of Tamil Eelan mendarat di Male, kepulauan Maldives dengan tujuan menggulingkan kerajaan Maldives. Kumpulan yang menyusup masuk terdahulu dari itu menawan Lapangan terbang di Hulele. Presiden Gayoom meminta bantuan tentera luar. India menghantar askar payung terjun dari 50 Briged Para untuk membantu. Pasukan tersebut mendarat di Maldives kurang daripada 12 jam selepas diberikan arahan oleh Rajiv Gandhi.