Trivia BoBoiBoy_(watak)

  • Dalam reka bentuk pertama yang dikeluarkan pada tahun 2009 semasa pengeluaran rancangan ini, BoBoiBoy memakai topi dinosaur jingga yang mempunyai tiga mata dan kelihatan lebih muda seperti Yaya.
  • BoBoiBoy adalah spesies pertama yang boleh berpecah; yang kedua ialah Multi-Monster.
  • BoBoiBoy menjadi watak protagonis kedua dalam animasi Malaysia yang disuarakan oleh perempuan. Yang pertama ialah Upin dan Ipin daripada siri Upin & Ipin dan yang ketiga ialah Ali daripada siri Ejen Ali.
    • BoBoiBoy juga watak lelaki pertama yang disuarakan oleh perempuan (Nur Fathiah Diaz) (Bahasa Melayu); yang kedua ialah Iwan.
  • Pada asalnya, setiap elemen BoBoiBoy mempunyai nama sendiri iaitu BoBoiBoy berpecah menjadi Bo, Boi dan Boy. Namun, ia tidak diteruskan besar kemungkinan kerana ketidaksesuaian nama tersebut untuk digunakan dalam siri ini.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 6, BoBoiBoy mempunyai globofobia yang bermaksud takut belon pecah dan ini menjadi kelemahan BoBoiBoy. Akan tetapi, BoBoiBoy telah menyatakan dalam surat peminat bahawa dia tidak lagi mempunyai kelemahan ini.
  • Satu ciri yang paling penting dalam lenggok bahasa BoBoiBoy ialah cogan kata "Terbaik" yang diujarnya sambil mengacungkan jempol, setelah selesai menewaskan musuh atau melihat sesuatu yang mencuit hatinya. Kadang-kadang, tabiat ini juga dicontohi oleh beberapa watak lain, termasuk musuhnya iaitu Adu Du dan Probe.
  • Dalam musim pertama, BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa adalah dianggap sebagai potensi sebenar bagi BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah. Tetapi bermula musim kedua, mereka disebut sebagai tahap kedua bagi bentuk tahap pertama.
  • BoBoiBoy menyukai akan mata pelajaran Sains, tetapi tidak suka akan mata pelajaran Sejarah.
  • Minuman kegemaran BoBoiBoy adalah jus oren segar, manakala makanan kegemarannya adalah masak lemak pucuk ubi. Namun kini BoBoiBoy telah bertukar selera; menyukai kek pandan.
  • Genre muzik kegemarannya adalah flamenco akustik.
    • Walau bagaimanapun, dalam catatan trivia[1][2] yang dikeluarkan untuk ulang tahun ke-7 BoBoiBoy, genre muzik kegemarannya telah diubah menjadi rock alternatif.
  • Menurut acara berikut, sukan kegemarannya adalah bola sepak.
    • Majalah-majalah komik juga mengatakan dia berminat dalam seni mempertahankan diri dan tenis.
  • Dalam surat peminat, BoBoiBoy menyatakan bahawa dia tidak mempunyai adik-beradik, jadi ia ditunjukkan bahawa ialah anak tunggal.
  • Genre kegemaran BoBoiBoy adalah perkara yang misteri.
  • Ibu bapa BoBoiBoy tahu tentang kuasa anaknya dan bimbangkan dia.
  • BoBoiBoy juga mempunyai kawan-kawan lain di bandar asalnya. Kadangkala, BoBoiBoy menghubungi dan berbual bersama mereka melalui Internet.
  • Fail:Boboiboy The Movie - 7.pngInilah tiga anugherah yang BoBoiBoy dapat.BoBoiBoy telah menerima tiga anugerah istimewa sepanjang dia berkhidmat sebagai seorang superhero di Pulau Rintis. Antara anugerah tersebut ialah Anugerah Super Hero Terbaik, Anugerah Jasa Keberanian dan Anugerah Pelajar Contoh, seperti yang ditunjukkan di BoBoiBoy: The Movie.
  • BoBoiBoy boleh memainkan gitar bass.
  • Fail:7 perkara menarik BBB.jpgJawatan trivia[1][2] yang dikeluarkan untuk ulang tahun ke-7 BoBoiBoy mendedahkan yang berikut:
    • BoBoiBoy menyukai bermain permainan dan membuat tarian TAPOPS Dance Master.
    • Genre muzik kegemarannya ialah alternatif rock.
    • Tinggi BoBoiBoy sekarang ialah 145 cm.
    • Makanan apabila tertekan ialah nasi goreng istimewa Tok Aba.
    • BoBoiBoy tidak boleh bersiul.
    • Haiwan kegemaran sebelumnya ialah Mimi, iaitu seekor kucing tua pernah dipeliharanya dahulu.
    • Emoji kegemaran BoBoiBoy ialah petir (⚡), jempol (👍) dan ketawa terbahak-bahak (😂).
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 10, dia gagal dalam Ujian Fokus dengan markah sifar.
  • Selain bermain bola, BoBoiBoy juga gemar membuat space log (log angkasa) dalam setiap akhir episod siri BoBoiBoy Galaxy bermula dari episod 19 sehingga 22 dan 24 di YouTube Monsta. Walaupun dia gemar membuat space log, dia juga rajin belajar untuk mengumpulkan maklumat tentang Power Sphera sejak BoBoiBoy Galaxy Episod 22.
  • BoBoiBoy mempunyai akaun Instagram bersama-sama dengan Yaya dan Papa Zola.[3]
  • BoBoiBoy memanggil dirinya sebagai "LifeBuoBuoiBuoy" dalam Promo Lifebuoy BoBoiBoy.
  • Fail:Tandatangan BoBoiBoy.pngAutograf BoBoiBoy.Dalam Majalah Komik BoBoiBoy Isu #75, dia mempunyai tandatangan selepas Gopal dan Kapten Kaizo.
  • Dalam BoBoiBoy: The Movie, ia mendedahkan bahawa dia mempunyai coretan putih di rambutnya. Ia tidak diketahui kenapa BoBoiBoy tidak pernah membuka topinya walaupun semasa tidur. Tetapi menurut surat peminat, BoBoiBoy selalu memakai topinya supaya orang boleh mengenalinya dari jauh.
    • Ini mungkin juga menjadi salah satu sebab BoBoiBoy memakai topi, iaitu untuk menyembunyikan coretan rambut putih tersebut.
    • Tetapi dalam surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy Isu #75, rambut BoBoiBoy tak pernah beruban sampai semenjak lahir.
  • Menurut surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy Isu #74, BoBoiBoy mahir memasak kerana Tok Aba banyak mengajarnya cara memasak pelbagai jenis makanan yang sedap.
  • Dia adalah satu-satunya watak yang pakaiannya bertukar setiap musim.
  • Bersama dengan Fang, dia juga gemar bermain gitar dan bass.
  • Rambut BoBoiBoy sentiasa berwarna coklat gelap. Bila BoBoiBoy memperbesar sedikit, agaknya ia akan membuatkan ia nampak jelas.

Rujukan

WikiPedia: BoBoiBoy_(watak) //scholar.google.com/scholar?q=%22BoBoiBoy%22+wata... //www.google.com/search?&q=%22BoBoiBoy%22+watak+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22BoBoi... //www.google.com/search?q=%22BoBoiBoy%22+watak&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22BoBoiBoy%22... http://boboiboy.wikia.com/wiki/BoBoiBoy_(Character... http://id.boboiboy.wikia.com/wiki/BoBoiBoy_(karakt... http://ms.boboiboy.wikia.com/wiki/Alexander_Rudra_... http://ms.boboiboy.wikia.com/wiki/Bapa_BoBoiBoy?_g... http://ms.boboiboy.wikia.com/wiki/BoBoiBoy_(watak)