Char_kway_teow
Char_kway_teow

Char_kway_teow

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.u 1rrrrrr