Chikungunya
Chikungunya

Chikungunya

Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara), Jember (Jawa Timur) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang di Pelabuhan Klang, Malaysia pada tahun 1999 .Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.

Rujukan

WikiPedia: Chikungunya http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://helpfulhealthtips.com/chikun_gunya.htm http://themauritiancommunity.com/showthread.php?t=... http://www.vadscorner.com/alphaviruses.html http://research.yale.edu/swahili/learn/?q=en/chiku... http://lionel.suz.free.fr/index.php?id=run&sub=chi... http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/Chikungunya/chickv... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15891138 http://www.who.int/csr/don/en/