Geografi Chongqing

Pencakar langit di Chongqing.Koordinat geografi 105°17'-110°11' East, 28°10'-32°13' UtaraSuhu purata tahunan 18.2 °C (64.8 °F)Julat suhu 0 °C (32 °F) – 43 °C (109 °F)Jumlah sinaran matahari tahunan 1000 – 1200Kerpasan tahunan 1,000 hingga 1,400 mm (39 hingga 55 in)Wilayah jiran Hubei (timur), Hunan (tenggara), Guizhou (selatan), Sichuan (barat), Shaanxi (utara)

Chongqing yang terletak bersebelahan dengan Penara Yungui, direntasi oleh Sungai Jialing dan hulu Sungai Yangtze. Ia merangkumi Daba Shan di utara, Wu Shan di timur, Wuling Shan di tenggara, dan Gunung Dalou di selatan.

Bahagian pentadbiran

Peta pentadbiran perbandaran Chongqing

Kawasan Perbandaran Chongqing dibahagi kepada 40 subbahagian peringkat daerah, iaitu 19 daerah, 17 kaunti dan empat kaunti berautonomi.

Daerah
Nama PinyinHanziHubungan
lalua
Banan巴南区Chongqing
Beibei北碚区
Changshou长寿区
Dadukou大渡口区
Fuling涪陵区Fuling
Hechuan合川区Chongqing
Jiangbei江北区
Jiangjin江津区
Jiulongpo九龙坡区
Nan'an南岸区
Nanchuan南川区Fuling
Qianjiang黔江区Qianjiang
Shapingba沙坪坝区Chongqing
Shuangqiao双桥区
Wansheng万盛区
Wanzhou万州区Wanxian
Yubei渝北区Chongqing
Yongchuan永川区
Yuzhong渝中区
Kaunti
Nama PinyinHanziHubungan
lalua
Bishan璧山县Chongqing
Chengkou城口县Wanxian
Dazu大足县Chongqing
Dianjiang垫江县Fuling
Fengdu丰都县
Fengjie奉节县Wanxian
Kai开县
Liangping梁平县
Qijiang綦江县Chongqing
Rongchang荣昌县
Tongliang铜梁县
Tongnan潼南县
Wulong武隆县Fuling
Wushan巫山县Wanxian
Wuxi巫溪县
Yunyang云阳县
Zhong忠县
Kaunti berautonomi
Nama PinyinHanziHubungan
lalua
Pengshui Miao dan Tujia彭水苗族土家族自治县Qianjiang
Shizhu Tujia石柱土家族自治县
Xiushan Tujia dan Miao秀山土家族苗族自治县
Youyang Tujia dan Miao酉阳土家族苗族自治县

a Menunjukkan daerah yang mana pernah disertai oleh bahagian berkenaan sebelum pergabungan Chongqing, Fuling, Wanxian (kini Wanzhou) dan Qianjiang pada tahun 1997.

Kawasan bandar di Perbandaran Chongqing (重庆主城区市区) merangkumi daerah-daerah berikut:

Pemandangan pusat bandaraya Chongqing pada waktu senja.Pemandangan malam semenanjung Yuzhong
  • Yuzhong(渝中区, atau "Daerah Chongqing Tengah"), daerah pusat dan paling padat dengan penduduk, di mana terletaknya pejabat-pejabat kerajaan dan perniagaan antarabangsa.
  • Nan'an (南岸区, atau "Daerah Tebing Selatan")
  • Jiangbei (江北区, atau "Daerah Utara Sungai")
  • Shapingba (沙坪坝区)
  • Jiulongpo (九龙坡区)
  • Banan (巴南区)
  • Dadukou (大渡口区)
  • Yubei (渝北区,daerah utara Chongqing)
  • Beibu (北部新区, daerah baru di Chongqing Utara)

Iklim

Chongqing mengalami iklim subtropika lembap, dengan variasi monsun dua musim yang biasa ditemui di Asia Selatan.

Sebagai salah satu daripada "Three Furnaces" di China, Chongqing mengalami antara musim panas yang paling terik di China. Suhunya boleh mencapai 47 °C (117 °F), dengan purata tinggi 37 °C (99 °F) pada bulan ogos. Walaupun dalam cuaca terpanas, namun anginnya sejuk, maka adalah mudah untuk menahan suhu sebegitu tinggi. Musim sejuknya agak sederhana, tetapi lembap dan mendung ; suhu purata tinggi adalah 9 °C (48 °F) pada bulan Januari. Pada 1024 jam sahaja, Chongqing menerima antara jumlah sinaran matahari tahunan terendah di China.

 Suhu dan kerpasan purata untuk Chongqing(1961-1990) 
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Suhu tinggi purata °C (°F)9.4
(49)
11.5
(53)
16.8
(62)
22.1
(72)
25.7
(78)
28.3
(83)
32.2
(90)
33.0
(91)
26.4
(80)
21.3
(70)
15.8
(60)
10.9
(52)
21.1
(70)
Suhu rendah purata °C (°F)5.6
(42)
7.0
(45)
10.9
(52)
15.1
(59)
18.8
(66)
21.7
(71)
24.4
(76)
24.5
(76)
20.4
(69)
16.1
(61)
11.6
(53)
7.1
(45)
15.3
(60)
Kerpasan mm (inci)20.1
(0.8)
19.9
(0.8)
33.6
(1.3)
110.1
(4.3)
156.4
(6.2)
163.9
(6.5)
178.1
(7)
136.5
(5.4)
132.5
(5.2)
90.8
(3.6)
49.3
(1.9)
27.1
(1.1)
1,118.3
(44)
Sumber: 中国气象局 国家气象信息中心 2009-09-24

Chongqing terkenal kerana kabut tebalnya dan teruk menderita daripada pencemaran udara berlebihan. Cuaca berkabus paling ketara pada musim bunga dan sejuk, dan daripada itulah bandaraya ini diberi timangan "Ibu Kota Kabut" (Bahasa Cina: 雾都).

Didahului oleh
Guangzhou
Ibu negara China
1937-1945
Diikuti oleh:
Nanjing
Didahului oleh
Guangzhou
Ibu negara Republik China
(ketika Perang Saudara China)

1949
Diikuti oleh:
Chengdu