Debut
Debut

Debut

Debut ialah album studio Bahasa Inggeris sulung oleh penyanyi yang berasal dari Iceland, Björk. Album ini merupakan projek solo pertama bagi Björk selepas meninggalkan kumpulan The Sugarcubes, namun bukanlah album sulung yang sebenarnya, kerana Björk telah merakam dan melancarkan album studio pertamanya, Björk pada tahun 1977. Album ini telah diterbitkan oleh Nellee Hooper dan berjaya melonjakkan nama Björk di persada antarabangsa, di mana beliau telah berjaya mendapat pendengar-pendengar di luar Iceland serta peminat tersendiri di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat-tempat lain.Dari segi gaya, album ini terdiri daripada pelbagai gaya muzik. Antara bentuk muzik yang terdapat dalam album ini ialah pop tari berentak ("Violently Happy", "There's More To Life Than This" dan "Big Time Sensuality"), muzik zaman baru bercirikan tradisi ("Human Behaviour", "One Day", "Aeroplane" dan "The Anchor Song") serta lagu yang menggoda dan berlandaskan ritma ("Venus As A Boy" dan "Come To Me").Debut merupakan sebuah kejayaan yang mengejutkan pada waktu album tersebut dilancarkan. Björk sendiri telah menyatakan kejayaan album ini bukanlah sesuatu disangka oleh beliau[2].—Björk, TimeOut, 11 Ogos 1994Sebelum album ini dilancarkan, label rakaman Björk telah memberi amaran tentang pelancaran album kerana khuatir Debut tidak mendapat sambutan[3].—Björk, www.hour.ca, 20 September 2007Berikutan itu, Debut telah diperakukan Platinum oleh RIAA di Amerika Syarikat[4] dan dimasukkan ke dalam buku 1001 Albums You Must Hear Before You Die (1001 Album Anda Mesti Dengar Sebelum Mati).Pada 1994, sebuah album remix bertajuk The Best Mixes From The Album-Debut For All The People Who Don't Buy White Labels telah dipasarkan. Album yang berupakan EP ini mengandungi 6 remix bagi 4 lagu yang terdapat dalam album Debut. 4 lagu tersebut ialah "Human Behaviour", "One Day", Come To Me" dan "The Anchor Song".Pada tahun 1998, pembaca-pembaca Q Magazine telah mengundi Debut sebagai album terbaik ke-74 sepanjang masa. Album ini telah terjual sebanyak lebih 3 juta salinan di seluruh dunia. Menurut SoundScan, Debut telah terjual sebanyak kira-kira 921,000 salinan di Amerika Syarikat [5].Pada 2002, Q Magazine telah menamakan Debut sebagai Album Kelima Terbaik Sepanjang Masa oleh Artis Wanita[6].

Rujukan

WikiPedia: Debut http://www.allmusic.com/album/debut-r184600 http://unit.bjork.com/77island/bigtimesensuality.h... http://unit.bjork.com/77island/bigtimesensuality.h... http://unit.bjork.com/77island/debutsingles.htm#De... http://unit.bjork.com/77island/humanbehaviour.htm#... http://unit.bjork.com/77island/thebestmixesfromthe... http://unit.bjork.com/77island/venusasaboy.htm#Ven... http://unit.bjork.com/77island/violentlyhappy.htm#... http://unit.bjork.com/77island/violentlyhappy.htm#... http://unit.bjork.com/specials/albums/debut/