Penggunaan Deepfake

Penerapan dalam bahan lucah

Sekitar 96% bahan terbitan teknologi ini yang berleluasa di internet diterapkan dalam bahan lucah yang dihasilkan tanpa kebenaran pelakon atau pemilik rupa, lebih-lebih lagi selebriti wanita.[35] Bahan lucah diterap mula muncul dengan ketara di internet pada tahun 2017 khususnya di Reddit.[36] Teknologi ini mula menarik perhatian khalayak dengan mengolah masuk imej wajah Daisy Ridley dipaparkan pada beberapa laman rencana.[36] Beberapa selebriti yang kerap dijadikan sasaran palsu tulen jenis ini termasuklah Gal Gadot, Emma Watson, Masie Williams, Taylor Swift dan Scarlett Johansson.[36][37][38][39] Setakat Oktober 2019, kebanyakan subjek sasaran palsuan sebegini di internet merupakan pelakon wanita British dan Amerika Syarikat.[35] Walau bagaimanapun, sesuku subjek tersebut ialah orang Korea Selatan yang kebanyakannya bintang K-pop.[35]

Pada Jun 2019, sebuah perisian boleh muat turun untuk Windows dan Linux yang diberi nama DeepNude telah diterbitkan. Perisian ini menggunakan rangkaian neural, atau lebih khusus lagi rangkaian perseteruan janaan, untuk membuang pakaian di gambar yang memaparkan perempuan. Perisian ini mempunyai dua versi, berbayar dan tanpa bayar. Harga versi berbayar ialah $50.[40][41] Pada 27 Jun, pembangun perisian terbabit telah menghentikan pengedaran perisian itu dan telah memberikan bayaran balik kepada pengguna.[42]

Untuk tujuan politik

Teknologi ini turut telah digunakan untuk menyalahgambarkan ahli-ahli politik terkenal dalam video. Dalam video yang berasingan, wajah Presiden Argentina, Mauricio Macri, telah digantikan dengan wajah Adolf Hitler, manakala wajah Angela Merkel telah digantikan dengan wajah Donald Trump.[43][44] Pada April 2018, Jordan Peele telah bekerja sama dengan Buzzfeed untuk menghasilkan suatu video penggambaran Barack Obama dengan suara Peele bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pengembangan teknologi ini serta kemungkinan penyalahgunaan ia.[45] Pada Januari 2019, saluran Fox KCPQ menyiarkan sebuah video di mana adanya palsuan yang menggunakan riak wajah Trump semasa ucapan Pejabat Bujurnya. Dalam video tersebut, perawakan dan warna kulitnya telah diperolokkan.[46]

Pada Mei 2019, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi menjadi sasaran dua buah video tular yang dihasilkan di mana salah satunya diperlahankan sehingga hanya 75 peratus kelajuan asal agar kedengaran seakan "mabuk"[47] manakala yang lainnya terdiri daripada suntingan ucapannya ketika sidang akhbar untuk sebuah segmen Fox News, Lou Dobbs Tonight. Kedua-dua video tersebut betujuan menunjukkan bahawa kononnya Pelosi berkata-kata secara tidak jelas.[48] Presiden Donald Trump berkongsi video Pelosi tersebut sambil menambahkan keterangan yang mendakwa Pelosi dalam keadaan tidak mampu membawa diri bertutur dengan baik.[49] Video-video ini dipaparkan dalam banyak saluran akhbar terkemuka yang mengakibatkan Jawatankuasa Risikan Rumah Amerika Syarikat mengambil tahu akan palsuan tulemn.[50][51]

Dalam bidang lakonan

Terdapat agakan mengenai penggunaan teknologi ini dalam penghasilan pelakon digital dalam wayang akan datang. Manusia yang telah dibina/diubah secara digital telah pun digunakan dalam wayang dan deepfake memungkinkan pembangunan baharu dalam masa terdekat.[52] Pembangunan teknologi begini dalam peringkat amatur telah pun digunakan untuk meletakkan wajah dalam wayang sedia ada seperti pemasukan wajah Harrison Ford ketika muda pada wajah Han Solo dalam Solo: A Star Wars Story.[53] Kaedah yang serupa turut digunakan dalam pelakonan Puteri Leia dalam Rogue One.[54]