Keahlian Dewan_Rakyat_Malaysia

Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[15] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

  • warga negara Malaysia[16]
  • tidak kurang dari 21 tahun[17]
  • waras fikiran[18]
  • bukan seorang muflis[19]
  • tidak memegang jawatan berpendapatan[20]
  • telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding[21]
  • tidak mempunyai rekod jenayah[22]

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.[23]

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[24] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.[25]

Yang di-Pertua

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.[26] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-14 ialah Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof (Bebas). Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Dato' Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat-PN) dan Yang Berhormat David Nga Kor Ming (Teluk Intan-PH).

Rujukan

WikiPedia: Dewan_Rakyat_Malaysia http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/... http://www.parlimen.gov.my/ http://www.parlimen.gov.my/dR-maklumatumum.htm http://www.parlimen.gov.my/jawatankuasa-dr.html?uw... http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/25117-... http://spr.gov.my/index/bahagian19v.htm http://pru14.spr.gov.my/#!/home http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutua... http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutua... http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutua...