Sejarah Ekonomi_Filipina

Sejak keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Pada sepanjang tempoh itu, Filipina berubah daripada merupakan salah sebuah negara yang terkaya di Asia (selepas Jepun) menjadi salah sebuah negara yang termiskin. Pertumbuhan sebaik sahaja selepas perang amat pesat, tetapi kemudian menjadi lambat dengan berlalunya masa. Pada bulan Mei 1977, Filipina menggesa Jepun untuk mengadakan peralihan pelaburannya dari industri ekstraktif semata-mata kepada pemprosesan dan pembuatan bahan-bahan mentah di negara-negara membangun untuk meningkatkan pendapatan eksport dan pembangunan mereka.[28] Suatu kemelesetan pada tahun 1984-85 memperlihatkan ekonomi mengecut melebihi 10% dan tanggapan-tanggapan ketakstabilan politik semasa pentadbiran Aquino memudarkan lagi kegiatan ekonomi. Semasa pentadbirannya, Presiden Fidel V. Ramos memperkenalkan berbagai-bagai pembaharuan dan inisiatif ekonomi yang direka bentuk semata-mata untuk mendorong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan asing. Oleh itu, Filipina memperlihatkan suatu tempoh pertumbuhan terjamin yang pesat, akan tetapi Krisis Kewangan Asia yang tercetus pada tahun 1997 melembapkan pembangunan ekonomi sekali lagi di Filipina. Pada tahun 1998, ekonomi Filipina merosot, akibat kesan Krisis Kewangan Asia serta keadaan-keadaan cuaca yang buruk. Pertumbuhan jatuh sehingga -0.5% pada tahun 1998 daripada 5% pada tahun 1997, tetapi berpulih kepada 2.9% menjelang tahun 1999. Presiden Joseph Estrada mencuba menentang langkah-langkah yang bersifat perlindungan, dengan usaha-usaha untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh pentadbiran Ramos mencapai kemajuan yang ketara. Suatu kegagalan bank yang utama pada April 2000 serta pendakwaan dan peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001 mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Pentadbiran Filipina terkini di bawah Presiden Gloria Macapagal-Arroyo sedang mengajukan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Pada tahun 2004, ekonomi Filipina bertumbuh sebanyak 6.1% dan mengatasi kebanyakan anggaran para penganalisis serta juga anggaran kerajaan. Pada tahun 2005, peso Filipina mencapai kadar kenaikan nilai sebanyak 6%, suatu kenaikan yang paling cepat di wilayah Asia pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kedatangan harga-harga minyak yang tinggi memudarkan anggaran-anggaran pertumbuhan kerajaan pada tahun yang sama dan tahun 2005 berakhir dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak hanya 5.1%. Semasa tahun 2006, ekonomi Filipina mencapai pertumbuhan 5.4% selepas dipudarkan oleh dua buah taufan yang mengakibatkan kemusnahan teruk pada sektor pertanian. Kerajaan Filipina merancang untuk memperkukuh infrasktrutur negara dengan kenaikan perbelanjaan sebanyak sepuluh kali pada tahun 2007, dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi tercepat sebanyak 7% pada tahun 2007, 8% pada tahun 2008, dan 9% pada tahun 2009. .

Sejak Februari 2007, pasaran saham Filipina kini berhampiran peringkat yang tertinggi, dan mata wang peso telah naik nilainya sehingga 48.07 bagi setiap dolar Amerika Syarikat.

Walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan.

Angka-angka 2006

Pada tahun 2006, ekonomi Filipina berkembang pada kadar 5.4%, suatu kadar yang lebih cepat berbanding kadar tahun sebelumnya. Kerajaan Filipina merancang untuk menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 7% pada tahun 2007, walalupun unjuran rasmi adalah pada sekitar 6.1%-6.7%. Ia juga bertujuan untuk menumbuhkan ekonomi sebanyak 9% pada tahun 2009 sebagai sebahagian sasaran terunjur kerajaan melalui penambahan pelaburan awam untuk menarik modal asing serta juga untuk memperbaik negara. [29].

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Filipina http://210.213.119.26/readbook_content.jsp?filenam... http://reslab.com.au/resfiles/geo/text.html http://aroundtheworldinaday.com/philippines_thaila... http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HE10Ae... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://www.dawn.com/news/1176411 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.marketwatch.com/story/philippines-joble... http://www.philnews.com/2005/ma.html http://www.philstar.com/business/2014/09/24/137240...