Ciri-ciri Google_Chrome

Google Chrome bertujuan meningkatkan keselamatan, kelajuan dan kestabilan. Antara muka pengguna Chrome yang bersifat minimalis berbeza sekali daripada pelayar-pelayar lain.[29] Kekuatan Chrome terletak dalam prestasi aplikasi dan kelajuan pemprosesan JavaScript, yang disahkan oleh para pengulas sebagai yang terpantas di kalangan pelayar-pelayar utama ketika ini.[30][31][32] Bagaimanapun, setelah lahirnya enjin-enjin JavaScript Squirrelfish Extreme oleh WebKit dan TraceMonkey oleh Mozilla, didapati prestasi pelaksanaan JavaScript Chrome semakin perlahan.[33][34][35][36] Kebanyakan ciri-ciri unik Chrome pernah diumumkan oleh pembangun pelayar lain terlebih dahulu, apapun Google tetap menjadi pembangun pertama yang melaksanakan dan mengeluarkannya kepada orang awam.[37] Contohnya, inovasi antara muka pengguna grafik (GUI) yang terpentingnya, iaitu penggabungan bar alamat dan bar carian (Omnibox) pertama kali diumumkan oleh Mozilla pada Mei 2008 sebagai ciri-ciri yang dirancangkan untuk Firefox.[38] Chrome dihimpunkan dari 26 pustaka kod berbeza dari Google dan lain-lain lagi dari pihak ketiga seperti Netscape.[39]

Keselamatan

Senarai hitamChrome memuat turun kemas kini dua senarai hitam (satu untuk phishing dan satu untuk malware) serta mengingatkan para pengguna yang cuba memasuki laman web yang berbahaya. Ciri-ciri ini juga disediakan untuk pelayar lain melalui API awam bebeas bernama "Google Safe Browsing API". Dalam proses penyelenggaraan senarai hitam ini, Google juga memaklumkan pemilik laman web tersenarai yang mungkin tidak menyedari kehadiran perisian berbahaya.[11]Kotak pasirSetiap tab dalam Chrome dimasukkan ke dalam "kotak pasir" untuk "mengelakkan malware dari memasang sendiri" atau "memperalatkan peristiwa di satu tab untuk menjejaskan peristiwa di satu lagi tab". Mengikut prinsip keistimewaan terendah, setiap proses ditarik balik haknya dan boleh memproses dara tetapi tidak boleh menulis fail atau membaca bahan-bahan sensitif (cth. dokumen, desktop), serupa dengan "Protected Mode" yang digunakan oleh Internet Explorer pada Windows Vista dan Windows 7. Pasukan Sandbox Team dikatakan "menjadikan sempadan proses sedia ada ini menjadi seakan-akan penjara", contohnya: perisian berbahaya yang berjalan di satu tab tidak boleh mengesan nombor kad kredit, berhubung dengan tetikus atau menyuruh Windows agar "membuka atur cara boleh laku apabila dimulakan", lalu dihapuskan apabila tabnya ditutup. Ini memperkuatkan model keselamatan komputer ringkas yang terdiri daripada dua peringkat keselamatan (iaitu pengguna dan kotak pasir), yang mana kotak pasir hanya boleh membalas permintaan perhubungan dari pengguna.[11]PemalamBiasanya, pemalam seperti Adobe Flash Player tidak diselaraskan, oleh itu tidak boleh dimasukkan ke dalam kotak pasir seperti tab. Pemalam terpaksa berjalan pada atau melebihi tahap keselamatan pelayar itu sendiri. Untuk mengurangkan risiko serangan, pemalam berjalan dalam proses berasingan yang berhubung dengan renderer yang beroperasi pada tahap "keistimewaan amat rendah" dalam proses-proses khusus mengikut tabnya.IncognitoChrome dilengkapi mod Incognito (serupa dengan InPrivate dalam Internet Explorer 8) yang membolehkan penggunannya melayari Internet tanpa merakam laman-laman web yang dikunjungi dan kukinya.[12]

Kelajuan

JavaScriptMesin maya Javascript dianggap sebagai projek yang cukup penting untuk dipisahkan (seperti Tamarin oleh Adobe/Mozilla) dan diuruskan oleh pasukan khusus di Denmark. Pelaksanaan sedia ada direka untuk "atur cara kecil yang mana prestasi dan daya interaktif sistemnya tidak begitu penting," tetapi aplikasi web seperti Gmail "menggunakan pelayar web sepenuh-penuhnya apabila melibatkan manipulasi DOM dan Javascript". Hasilnya ialah enjin V8 JavaScript yang direka dengan ciri-ciri meningkatkan kelajuan pengalihan kelas tersembunyi, penjanaan kod dinamik, dan pengumpulan buangan persis.[11] Ujian yang dijalankan oleh Google mendapati V8 dua kali lajunya berbanding Firefox 3 dan Safari 4 beta.[40]

Antara muka pengguna

Selain ruangan tunggal untuk mengisi alamat dan kata kunci carian yang bergelar Omnibar, antara muka pengguna utamanya terdiri daripada fungsi undur dan maju (pasangan anak panah kiri kanan di kiri sekali), muat semula (anak palah menggulung di kanan butang undur dan maju), penanda buku (bintang, di hujung kiri Omnibar), pergi (segitiga menghala kanan, di kanan Omnibar) dan batal (pangkah, menggantikan butang pergi apabila laman web dimuat), rupanya serupa dengan pelayar web Safari, manakala tatasusunnya seiras dengan Internet Explorer 7/8. Tiga butang minimumkan, maksmimumkan dan tutup tetingkap di sudut kanan atas berasal dari Windows Vista.

GearsChrome merangkumi perisian Gears yang menambahkan ciri-ciri ciptaan pembangun yang mungkin bakal menjadi piawaian web akan datang atau sebaliknya, biasanya berkenaan pembinaan aplikasi web (termasuk sokongan luar talian).[11]Laman Tab BaruApabila tab baru dibuka, Chrome membuka Laman Tab Baru (New Tab Page) yang memaparkan lapan laman web yang paling kerap dikunjungi dalam bentuk imej kecil di samping laman-laman yang plaing kerap digelintar, penanda laman terkini dan tab yang baru ditutup.[41]OmniboxOmnibox ialah ruang isian URL di bawah tab, serupa dengan Opera. Omnibox merangkumi fungsi melengkapkan isian URL (yang pernah dimasukkan secara manual sahaja) atau kata carian secara automatik, cadangan carian, halaman yang paling kerap pernah dilawati, halaman popular (yang tidak pernah dilawati) dan menggelintar sejarah dengan kata kunci.[11]TetimbulTetingkap timbul (pop-up) "dilingkupkan ke dalam tab asalnya" dan tidak boleh timbul di luar tabnya melainkan pengguna mengheretnya keluar.[11]Enjin paparanChrome menggunakan enjin susun atur WebKit atas nasihat pasukan Android kerana enjin WebKit ini mudah, cekap ingatan, berguna dalam peranti terbenam dan mudah dipelajari pembangun baru.[11]TabTab ialah komponen utama antara muka pengguna Chrome yang terletak di atas sekali tetingkap. Tab boleh dipindahkan ke tetingkap lain atau dibukakan tetingkap baru dengan mengheretnya keluar dari tetingkap asalnya. Setiap tab mempunyai set kawalan sendiri, termasuk sekali Omnibox.[11]Aplikasi webAplikasi web boleh dilancarkan dalam tetingkap sendiri tanpa Omnibox dan bar alat pelayar, maka mengehadkan krom pelayar agar tidak "mengganggu apa-apa yang dilakukan oleh pengguna", sekaligus membolehkan aplikasi web berjalan di samping perisian tempatan (begitu juga dengan Mozilla Prism, Adobe AIR dan Fluid).[11]

Rujukan

WikiPedia: Google_Chrome http://www.builderau.com.au/news/soa/Step-aside-Ch... http://www.builderau.com.au/news/soa/Third-Chrome-... http://www.cbc.ca/technology/story/2008/09/01/goog... http://itunes.apple.com/us/app/chrome/id535886823 http://blogoscoped.com/archive/2008-09-01-n47.html http://blogoscoped.com/archive/2008-09-02-n72.html http://blogoscoped.com/google-chrome/ http://chrome.blogspot.com/2009/05/speedier-google... http://googleblog.blogspot.com/2008/09/fresh-take-... http://googleblog.blogspot.com/2009/09/google-chro...