Hedwig merupakan nama burung hantu
Harry Potter dalam siri rekaan iaitu
Harry Potter dalam kedua-dua buku dan filem. Dalam filem, Hedwig, walaupun betina, ditampilkan oleh Burung Hantu Salji jantan (Bubo scandiacus) kerana jantan lebih putih bulunya.
[1]Hedwig merupakan hadiah
Hagrid kepada Harry dalam buku pertama, dibeli dari
Diagon Alley ketika membeli baranagn untuk tahun pertama Harry di
Hogwarts. Nama Hedwig merupakan nama yang Harry temui dalam buku sekolahnya "Sejarah Sihir".Dalam siri, burung hantu digunakan oleh ahli sihir sebagai penghantar bungkusan dan pesanan, yang membuatkan burung hantu lebih berguna berbanding binatang peliharaan lain yang dibenarkan untuk pelajar bawa (tikus, kodok dan kucing), maka Hedwig berguna untuk penghantaran pesanan sepanjang siri. Menyimpan Hedwig di rumah ketika cuti
musim panas menyebabkan konflik antara Harry dan pakcik serta makcik penjaganya.Hedwig dapat dianggap sebagai burung hantu yang mempunyai keperibadian, memandang rendah Pigwidgeon, burung hantu milik Ron yang hiperaktif dan burung tropika yang berwarna-warni yang dikirim Sirius Black. Ia juga sering menatap/berteriak "penuh geram", menampar Harry dengan sayapnya jika membuatnya jengkel (sering berlaku sejak Harry selalu berang), dan kelihatan lebih nyaring berbanding kebanyakan burung hantu salji. Dalam hubungannya dengan Harry, Hedwig menunjukkan kasih sayangnya terhadap Harry, walaupun ia hanya seekor haiwan; kerana burung hantu dalam siri ini menunjukkan kekuatan ajaibnya tersendiri dan Hedwig sering kelihatan memberikan Harry dorongan dan panduan. Walaupun Hedwig juga dapat (dan sering) sakit hati atau marah akibat perlakuan Harry yang selalu melakukan atau berkata tanpa berfikir dulu (misalnya ketika Harry menolak Hedwig untuk mengirimkan surat kpada Sirius Black, dan Harry lalai menjelaskan alasannya kepada Hedwig), Hedwig kelihatan dapat memahami Harry dengan sepenuhnya dan demikian sebaliknya.Dalam
buku kelima, Hedwig telah tercedera ketika membawa pesanan antara Harry dan
Sirius Black. Tidak dinyatakan dengan jelas penyebab serangan tersebut, tetapi
Dolores Umbridge disyaki kemudiannya apabila dia mula memeriksa surat yang keluar masuk.Dalam
Harry Potter and the Deathly Hallows, Hedwig mati ketika pertarungan di udara dengan
Death Eater, ketika Harry dibawa berpindah oleh
Kumpulan Phoenix ke tempat selamat. Harry bersedih walaupun telah ditenangkan oleh Hagrid. Tubuhnya tidak lagi kelihatan bersama sangkar dan
Firebolt, dan berkemungkinan ketiga-tiganya turut musnah bersama tempat bonceng motosikal
Sirius.