India_Selatan
India_Selatan

India_Selatan

India SelatanIndia Selatan ialah kawasan India yang merangkumi negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, dan Tamil Nadu, serta juga wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry. Luasnya 19.3% daripada seluruh kawasan India. India Selatan terletak di semenanjung Penara Deccan dan disempadani oleh:Geografinya berbeza-beza dan merangkumi dua banjaran gunungGhat Barat dan Ghat Timur — serta sebuah penara di kawasan tengah. Sungai Godavari, Sungai Krishna, Sungai Tungabhadra, dan Sungai Kaveri ialah sungai tak sentiasa berair yang merupakan sumber air yang penting. Sebilangan besar orang India Selatan bertutur dalam salah satu daripada lima bahasa DravidiaKannada, Malayalam, Tamil, Telugu, dan Tulu. Pada sepanjang sejarahnya, sebilangan kerajaan dinasti memerintah berbagai-bagai bahagian India Selatan, dengan serangan mereka yang merentasi Asia Selatan dan Asia Tenggara mempengaruhi sejarah dan budaya negara bangsa moden seperti Sri Lanka, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kawasan itu dijajah oleh Britain dan kemudian beransur-ansur diserap ke dalam Empayar British. Gaya kesusasteraan dan seni bina yang berkembang pada sepanjang dua ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan gaya di bahagian-bahagian negara yang lain. Politik India Selatan dikuasai oleh parti-parti politik kawasan yang lebih kecil, berbanding dengan parti-parti politik negara di kawasan yang lain.Selepas mengalami naik turun pada dekad-dekad selepas kemerdekaan India, negeri-negeri India Selatan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada tiga dekad yang lalu, berbanding dengan pertumbuhan dekad purata negara. India Selatan ditempatkan tertinggi daripada segi pembangunan sosioekonomi seperti kadar kesuburan dan infrastruktur, dengan kadar kesuburannya sebanyak 1.9 merupakan kadar yang paling rendah antara semua kawasan di India.[1] Walaupun demikian, ketaksamaan ekonomi, buta huruf, dan kemiskinan masih menjejaskan kawasan ini, sebagaimana dengan kawasan-kawasan yang lain di negara. Pertanian ialah penyumbang tunggal yang utama kepada keluaran dalam negeri bersih (KDNB), manakala teknologi maklumat (IT) merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat.