Tayangan Interstellar_(filem)

Teater

Sebelum tayangan awam Interstellar, CEO Paramount, Brad Grey mengadakan tayangan peribadi pada 19 Oktober 2014 di sebuah teater IMAX di Dataran Lincoln, Manhattan.[40] Paramount kemudiannya menunjukkan Interstellar kepada beberapa pembuat filem dan pelakon di Pusat Sains California pada 22 Oktober 2014.[41] Pada hari berikutnya, filem ini ditayangkan di Teater Cina TCL, Los Angeles, California kepada lebih 900 ahli Screen Actors Guild. Pelakon McConaughey, Chastain dan Hathaway muncul selepas itu untuk sesi soal jawab.[42] Filem ini secara rasmi dibuka pada 26 Oktober 2014 di Teater Cina TCL, Los Angeles, California.[43] Ia dibuka di Eropah pada 29 Oktober 2014 di Dataran Leicester, London.[44]

Interstellar ditayangkan lebih awal pada 4 November di pelbagai teater filem 70 mm IMAX, filem 70 mm dan filem 35 mm dan mengadakan tayangan terhad di Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada) pada 5 November 2014 dan tayangan meluas pada 7 November 2014.[45] Filem ini ditayangkan di Belgium, Perancis dan Switzerland pada 5 November 2014 dan di wilayah-wilayah tambahan pada hari-hari berikutnya termasuk United Kingdom pada 7 November 2014.[46] Paramount Pictures mengedar filem ini di Amerika Utara dan Warner Bros. mengedar di wilayah-wilayah lain. Filem ini ditayangkan di lebih 770 skrin IMAX di seluruh dunia yang merupakan tayangan global paling meluas di sinema IMAX,[47][48] sebelum diatasi Furious 7 (810 teater IMAX).[49]

Media rumah

Interstellar dikeluarkan dalam video rumah pada 31 Mac 2015 di United Kingdom dan Amerika Syarikat.[50][51] Ia menduduki tempat teratas dalam carta jualan video rumah semasa minggu pembukaan.[52] Ia telah dilaporkan bahawa Interstellar merupakan filem paling cetak rompak pada tahun 2015 dengan anggaran 46.7 juta muat turun dalam BitTorrent.[53]

Rujukan

WikiPedia: Interstellar_(filem) http://www.abc.net.au/news/2015-12-29/interstellar... http://www.afi.com/members/catalog/DetailView.aspx... http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-2983269... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=interstell... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3957&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://deadline.com/2014/03/cinemacon-christopher-... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi...