Penerimaan Interstellar_(filem)

Box office

Interstellar mengutip $188 juta di Amerika Utara dan $487 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $675 juta, berbanding bajet produksi sebanyak $165 juta.[2] Mengira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $47.16 juta.[54]

Filem ini mencatat rekod pembukaan IMAX di seluruh dunia dengan $20.5 juta dari 574 teater IMAX, mengatasi rekod $17.1 juta oleh The Hunger Games: Catching Fire dan juga merupakan pembukaan terbaik untuk IMAX 2D, bukan sekuel dan tayangan IMAX November.[55] Ia dibuka di seluruh dunia dengan $132.6 juta yang merupakan pembukaan kesepuluh terbesar pada tahun 2014.[56] Ia merupakan filem dengan kutipan kesepuluh tertinggi pada tahun 2014.[57] Interstellar merupakan filem keempat untuk mengutip lebih daripada $100 juta di seluruh dunia melalui penjualan tiket IMAX.

Interstellar ditayangkan di UK, Ireland dan Malta pada 6 November 2014 bermula di tempat pertama dengan mengutip £5.37 juta ($8.6 juta) semasa minggu pembukaan tetapi lebih rendah daripada kutipan pembukaan The Dark Knight Rises (£14.36 juta), Gravity (£6.24 juta) dan Inception (£5.91 juta).[58] Filem ini ditayangkan di 35 pasaran pada hari yang sama termasuk pasaran utama seperti Jerman, Rusia, Australia dan Brazil, mengutip $8.7 juta secara keseluruhan.[59] Sehingga Ahad, dilwm ini mengutip jumlah pembukaan hujung minggu sebanyak $82.9 juta daripada 14,800 skrin dalam 62 pasaran.[60] Filem ini mengutip $7.3 juta daripada 206 skrin IMAX, purata 35,400 setiap teater.[61] Filem ini mendapat tempat pertama di Korea Selatan ($14.4 juta),[62] Rusia ($8.9 juta) dan Perancis ($5.3 juta). Pembukaan besar yang lain berlaku di Jerman ($4.6 juta), Itali ($3.7 juta), Australia ($3.7 juta), Sepanyol ($2.7 juta), India ($4.3 juta), Mexico ($3.1 juta) dan Brazil ($1.9 juta).[63] Interstellar ditayangkan di China pada 12 November dan mengutip $5.4 juta pada hari pembukaan. Ia merupakaan pembukaan terbesar filem Nolan di China mengatasi rekod pembukaan $4.61 juta The Dark Knight Rises.[64][65] Ia mengutip $41.7 juta semasa pembukaan hujung minggu, mencakupi 55% daripada bahagian pasaran.[66][67] Ia merupakan pembukaan terbesar Nolan di China, pembukaan 2D terbesar Warner Bros[68] dan pembukaan ketiga terbesar sepanjang masa studio di belakang The Hobbit: The Battle of the Five Armies ($49.5 juta)[69] dan Pacific Rim ($45.2 juta).[70][71]

Penerimaan kritis

Interstellar menerima ulasan positif daripada pengkritik. Ia mendapat rating 71% di laman web, Rotten Tomatoes berdasarkan 294 ulasan dengan purata rating 7/10. Di Metacritic, filem ini mendapat skor 74 daripada 100 berdasarkan 46 pengkritik menunjukkan "ulasan umumnya menggalakkan."[72]

David Stratton dari At the Movies memberi filem ini empat setengah bintang daripada lima, memuji cita-cita filem ini, kesan visual dan pembentangan 70mm IMAX tetapi mengkritik bunyi kerana terlalu kuat menyebabkan sesetengah dialog kurang didengari. Pengkritik New York Post, Lou Lumenick menganggap Interstellar sebuah karya penuh perasaan, mesti dilihat dan salah satu pengalaman filem yang paling menyeronokkan abad ini.[73] Richard Roeper dari Chicago Sun-Times menganugerahkan filem ini empat bintang dan menulis bahawa ini adalah salah satu filem yang paling indah pernah dilihatnya dari segi visual dan mesej.[74] Penulis novel, George R. R. Martin menyatakan filem ini sebagai filem cereka sains paling bercita-cita tinggi dan mencabar sejak filem arahan Stanley Kubrick, 2001: A Space Odyssey.[75]

Anugerah

Interstellar menerima banyak pencalonan dan memenangi beberapa anugerah. Filem ini memenangi satu Anugerah Akademi untuk kategori Kesan Visual Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Campuran Bunyi Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik. Di Anugerah BAFTA ke-68, filem ini dicalonkan untuk kategori Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik dan memenangi kategori Kesan Visual Khas Terbaik. Di Anugerah Zuhal, filem ini dicalonkan dalam sebelas kategori dan memenangi enam: Filem Sains Fiksyen Terbaik, Penulisan Terbaik, Lakonan Terbaik oleh Pelakon Muda dimenangi oleh Mackenzie Foy, Muzik Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik dan Kesan Khas Terbaik.

Senarai sepuluh teratas

Ramai pengkritik menyenaraikan Interstellar dalam senarai sepuluh teratas.[76]

  • Pertama – James Berardinelli, Reelviews
  • Pertama – Bilge Ebiri, New York
  • ke-2 – Lou Lumenick, New York Post
  • ke-2 – Richard Roeper, Chicago Sun-Times
  • ke-5 – Lisa Kennedy, Denver Post
  • ke-5 – Jake Coyle, Associated Press
  • ke-8 – Kyle Smith, New York Post
  • ke-8 – Total Film
  • ke-8– Scott Foundas, Variety
  • ke-9 – Sam Adams, The Village Voice
  • ke-9 – TV Guide
  • ke-9 – Jesse Hassenger, A.V. Club
  • ke-10 – Ben Kenigsberg, A.V. Club
  • ke-10 – Justin Chang, Variety
  • ke-10 – Peter Travers, Rolling Stone
  • 10 Teratas (disenarai mengikut abjad) – Justin Lowe, Indiewire
  • Terbaik dari 2014 (disenarai mengikut abjad, tidak dirankingkan) – Kenneth Turan, Los Angeles Times
  • Terbaik dari 2014 (disenarai mengikut abjad, tidak dirankingkan) – Manohla Dargis, New York Times

Rujukan

WikiPedia: Interstellar_(filem) http://www.abc.net.au/news/2015-12-29/interstellar... http://www.afi.com/members/catalog/DetailView.aspx... http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-2983269... http://www.boxofficemojo.com/alltime/world/worldwi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=interstell... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3957&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://deadline.com/2014/03/cinemacon-christopher-... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi... http://deadline.com/2014/11/international-box-offi...