Jamal_Abdillah
Jamal_Abdillah

Jamal_Abdillah

Yang Hormat Dato' Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali ataupun lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir 7 Mei 1959) merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia. Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Beliau mula dikenali ramai di Malaysia setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan Bintang RTM 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti Perpisahan Tanpa Relamu, Derita Cinta, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Lupa Janji, Cinta Yang Terbiar, Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu dan banyak lagi. Beliau membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal Dan Akhir.

Jamal_Abdillah

Pekerjaan Penyanyi
Ibu bapa Haji Mohd Ali Hussein (bapa)
Noraziah Abdul Rashid (ibu)
Pasangan Basariah Abdul Latiff (cerai)
Noraina Mohd. Yusof (cerai)
Fatimatuzahra Abdul Samad (cerai)
Datin Zai Izzati Khiruddin (k. 2017)[1]
Anak Osama Yamani
Ahmad Zaki Yamani
Nur Azura Yamani
Tahun aktif 1979–kini
Pengkarya berkait Ahmad Nawab, Rahmat Zaki, M.Nasir, Habsah Hassan, Juwie, S. Amin Shahab, Fauzi Marzuki
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman EMI, Warner Music Malaysia
Saudara Helmi Hussaini Ali (adik)
Kelahiran Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali
(1959-05-07) 7 Mei 1959 (umur 60)
Teluk Intan, Perak, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia)
Genre Pop
Tahun aktif 1979–kini
Gelaran Raja Pop Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Jamal_Abdillah http://bluesriders.blogspot.com/2011/06/jamal-abdi... http://shahmyra.com/CDCollection/Artis_J/Jamal_Abd... http://fathil.tripod.com/PencapaianSeni.html http://fathil.tripod.com/RiwayatJamal.html http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074925369 http://isni.org/isni/0000000026903524 https://www.facebook.com/jamal.djas https://id.loc.gov/authorities/names/n87887167 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/...