Pentadbiran Jempol

Kawasan kajian bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah meliputi keseluruhan kawasan daerah Jempol yang merangkumi lima buat mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala jempol. Daerah Jempol merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar. Daerah Jempol juga bersempadan dengan beberapa buah daerah lain seperti Jelebu, Tampin,Kuala Pilah, Segamat (Johor) dan Bera (Pahang).

Pentadbiran bagi kawasan daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar.

Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah jempol terletak di dalam kawasan Zon Perancangan Tengah (Central Planning Zone) yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Sebahagian besar dari kawasan daerah Jempol merupakan kawasan pertanian utama yang perlu dipelihara untuk tujuan pertanian berasaskan kepentingan kelas tanah tahap dua. Di peringkat negeri pula, Jempol berkepentingan sebagai sebuah "argopolis" yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama selain dari menjadi "hinterland" kepada Bio-Valley di daerah Jempol.[2]

Mukim

  1. Mukim Jelai
  2. Mukim Kuala Jempol
  3. Mukim Rompin
  4. Mukim Serting Hilir
  5. Mukim Serting Hulu

Bandar/Pekan

  1. Bandar Serting
  2. Bandar Bahau
  3. Bandar Seri Jempol
  4. Pekan Bahau
  5. Pekan Batu Kikir
  6. Pekan Kuala Jelai
  7. Pekan Rompin
  8. Pekan Ladang Geddes
  9. Pekan Mahsan
  10. Pekan Serting Tengah