Kanun_Perubatan
Kanun_Perubatan

Kanun_Perubatan

Kanun Perubatan Bahasa Arab: القانون في الطب‎ Al-Qanun fi al-Tibb; Bahasa Parsi: قانون در طب Ghānoon dár tèb; (Bahasa Inggeris: The Canon of Medicine; Bahasa Latin: Canon Medicinae; Bahasa Cina: 回回藥方 / 回回药方 Huíhui Yàofāng "Preskripsi Bangsa Hui")[1][2] ialah sebuah ensiklopedia perubatan yang dikarang oleh cendekiawan Islam, ahli sains dan falsafah, dan doktor berbangsa Parsi, Ibnu Sina ("Avicenna"). Kitab agung ini diselesaikan pada tahun 1025 M.[3]Kitab ini menggabungkan pengalaman peribadi Ibnu Sina, perubatan Islam pada Zaman Pertengahan, penulisan doktor Rom Kuno Galen,[4] doktor Ayurveda India dan perubatan Parsi kuno,[5] dengan tambahan aspek materia medika negeri China.[6] Kitab Kanun Perubatan dikarang dalam bahasa Arab dan kemudian di diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain, termasuk bahasa Parsi, Latin, Cina, Ibrani, Jerman, Perancis dan Inggeris.[7] Kanun dianggap salah satu buku termasyhur dalam sejarah perubatan.[8]Juga dikenali dengan nama sengkatan Kanun ataupun Qanun (yang bermaksud "hukum" dalam bahasa Arab dan Parsi), Kanun Perubatan kekal berwibawa dalam bidang perubatan sehingga kurun ke-18 M.[9] dan awal kurun ke-19.[10] Ia meletakkan piawai bagi perubatan di Eropah dan dunia Islam, dan merupakan karya bertulis termasyhur Ibu Sina bersama dengan Kitab Penyembuhannya. Kanun digunakan di banyak sekolah perubatan— misalnya di Universiti Montpellier, Perancis, selewat tahun 1650.[8] Kebanyakan bukunya turut diterjemahkan ke dalam bahasa Cina sebagai Huihui Yaofang oleh orang Hui pada zaman China Yuan.[11] Kanun juga menjadi asas perubatan Unani, suatu bentuk perubatan tradisional yang diamalkan di India. Prinsip-prinsip perubatan yang diterangkan dalam Kanun yang dihasilkan sepuluh abad lalu masih diajar, antara lain, di Universiti California dan Universiti Yale di Amerika Syarikat, sebagai sebahagian sejarah perubatan.

Rujukan

WikiPedia: Kanun_Perubatan http://www.sartonchair.ugent.be/en/sarton/biograph... http://baike.baidu.com/view/404079.html http://www.bookrags.com/history/islam-science-tech... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://www.experiencefestival.com/a/Islamic_Golden... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://www.muslimheritage.com/uploads/AgricultureR... http://www.unani.com/avicenna%20story%203.htm http://coursesa.matrix.msu.edu/~fisher/hst372/read... http://etd.nd.edu/ETD-db/theses/available/etd-1129...