Kerajaan_Beraja_Yugoslavia
Kerajaan_Beraja_Yugoslavia

Kerajaan_Beraja_Yugoslavia

Kerajaan Beraja Yugoslavia (Bahasa Serbo-Croatia:Kraljevina Jugoslavija, Bahasa Serbia Cyrillic:Краљевина Југославија, "Kerajaan Beraja Slavia Selatan")[4] adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tenggara dan Eropah Tengah, yang wujud pada zaman antara perang (1918–1939) dan separuh pertama Perang Dunia II (1939–1943).Ia telah ditubuhkan pada tahun 1918 dengan menggabungkan kerajaan sementara negara Croat, Serb dan Slovene (di mana diasaskan daripada wilayah-wilayah daripada bekas empayar Austria-Hungary) dengan bekas kerajaan bebas, Kerajaan Beraja Serbia. Kerajaan Beraja Montenegro telah bergabung dengan Serbia lima hari sebelumnya, sementara wilayah-wilayah di Kosovo, Vojvodina dan Vardar Macedonia merupakan sebahagian daripada Serbia sebelum penyatuan.Untuk sebelas tahun pertama kewujudannya, kerajaan ini secara rasminya dikenali sebagai Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene, tetapi istilah "Yugoslavia" merupakan nama seharian yang berakar umbi dari asal.[5] Nama rasmi negara ditukar kepada "Kerajaan Beraja Yugoslavia" oleh Raja Alexander I pada 3 Oktober 1929.[5]Negara ini telah diperintah oleh dinasti Karađorđević Serbia, yang mana dahulunya memerintah Kerajaan Beraja Serbia di bawah Peter I bermula pada tahun 1903 (selepas Penggulingan Mei) dan selepasnya. Peter I menjadi raja pertama Yugoslavia sehingga kematian beliau pada tahun 1921. Beliau telah digantikan oleh anak lelaki beliau Alexander I, yang mana merupakan raja muda. Beliau dikenali sebagai "Alexander si Penyatu" dan kemudian menamakan semula kerajaan ini "Yugoslavia" pada tahun 1929. Beliau telah dibunuh di Marseille oleh Vlado Chernozemski, seorang anggota Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman (IMRO), semasa lawatan beliau ke Perancis pada tahun 1934. Takhta kemudian diberikan kepada anak lelaki beliau (yang masih di bawah umur) Peter. Sepupu beliau Paul memerintah sebagai pemangku raja sehingga tahun 1941, apabila Peter II menaiki takhta.[6] Keluarga diraja melarikan diri ke London pada tahun sama, sebelum negara diceroboh oleh kuasa-kuasa Paksi.Pada April 1941, negara ini telah diduduki dan dipecahkan oleh kuasa-kuasa Paksi. Sebuah kerajaan buangan diraja yang diakui oleh United Kingdom dan, kemudian oleh kesemua kuasa-kuasa Berikat, telah ditubuhkan di London. Pada tahun 1944, selepas ditekan oleh Perdana Menteri Britain Winston Churchill, Raja mengiktiraf kerajaan Persekutuan Demokratik Yugoslavia sebagai sebuah kerajaan yang sah. Ia diwujudkan pada 2 November berikutan tandatangan dalam Persetujuan Vis oleh Ivan Šubašić (bagi pihak Kerajaan Beraja) dan Josip Broz Tito (bagi pihak Partisan Yugoslavia).[7]

Kerajaan_Beraja_Yugoslavia

1918 247,542 km2 (95,577 bt2)
1931 247,542 km2 (95,577 bt2)
Pemerintahan Raja berperlembagaan (1918–1929, 1934–1945)
Raja mutlak (1929–1934)
• Dewan Rakyat Dewan Timbalan
• 1918–1921 Putera Alexander
• Kediktatoran 6 Januari 1929
Perundangan Perhimpunan Negara
Bahasa lazim Bahasa rasmi:
Bahasa Slovene -Serbo-Croat[1]a
• 1918–1919 (pertama) Stojan Protić
• Perjanjian Vis 2 November 1945
• 1934–1945 Peter IIb
Hari ini sebahagian daripada  Bosnia and Herzegovina
 Croatia
 Kosovoc
 Macedonia
 Montenegro
 Serbia
 Slovenia
• PenubuhanPenubuhan 1 Disember 1918
• 1921–1934 Alexander I
• 1934–1941 Putera Paul
Mata wang Krone Yugoslavia (1918–1920)
Dinar Diraja Yugoslavia (1920–1945)
Perdana Menteri  
• Perlembagaan Vidovdan 28 Jun 1921
Raja Muda  
Raja  
Ibu kota Belgrade
• Dewan Pertuanan Senat
• Persekutuan Demokratik Yugoslavia 4 Disember 1943
Era sejarah Zaman antara perang · Perang Dunia II
• 1918 12017323
• Serangan Pihak Paksi 6 April 1941
• Pembubaran monarki Pembubaran monarki
• 1931 13934038
• 1945 (terakhir) Josip Broz Tito

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan_Beraja_Yugoslavia //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... https://books.google.com/books?id=AZ1x7gvwx_8C https://books.google.com/books?id=FGmJqMflYgoC&pg=... https://books.google.com/books?id=FTw3lEqi2-oC https://books.google.com/books?id=HXYUAQAAIAAJ https://books.google.com/books?id=KfqbujXqQBkC https://books.google.com/books?id=MlXQ5zKb_VQC&pg=... https://books.google.com/books?id=PvjLRzgyKKkC https://books.google.com/books?id=TfgCOgAACAAJ https://books.google.com/books?id=fNBmAAAAMAAJ